Monday 30 January 2012

Terasa Kerdil tengok Hafalan Shalat Delisa!

Mungkin ada yang dah tengok cerita Hafalan Shalat Delisa (Astro 1st), yang belum tengok tu aku rasa perlu dan galakkan sangat korang tengok. Cerita ni mengisahkan seorang gadis kecil yang sangat ceria,yang dah kudung kaki kanan serta  kehilangan ibu dan adik beradiknya dalam tragedi tsunami yang berlaku di Acheh..dan dia terus menjalani kehidupan  dengan bapanya dengan tabah.

Rasanya tak perlu aku ulas lebih panjang, yang aku tau cerita ni memang meninggalkan kesan yang terlalu mendalam..,,mengajar kita lebih kuat menghadapi segala ujian.. mengajar kita erti kasih sayang,keikhlasan, dan yang penting tujuan hidup kita semua adalah kerana Allah Taala.

Ya Allah..terasa kerdil hambaMu ini..

Semoga aku sekuat dan setabah Delisa dan mereka2 yang tabah mengharungi ujianMu. Dan Semoga anakku menjadi anak yang baik dan ikhlas.




p/s menitis airmata tengok cerita ni...

When life gives you a hundred reasons to cry, Show life that you have a thousand reasons to smile

No comments:

CopyRight © Segala Yang Tercatat di atas adalah Hak Milik diarinadiaa.blogspot.com