Monday 9 April 2012

Perlu baca bagi Wanita yang hendak hamil!

Entri kali ni aku nak sangat berkongsi,apa yang perlu wanita tau sekiranya mereka merancang untuk hamil. Yelah,wanita atau isteri mana yang taknak anak kan. Aku teruja nak berkongsi ilmu ni sebab aku tau ramai kat luar sana yang dah berkahwin lama tapi masih belum dikurniakan cahaya mata. Sedihkan. Tapi jangan sesekali kita kata tak ada rezeki lagi..sebab semua manusia ada rezeki, cuma Allah nak menguji kesabaran hambaNya atau nak memberi rezeki lain dulu..  Dan sebagai manusia, janganlah mengharap rezeki anak tu datang tanpa berusaha kan..

Ok..ok..info ni aku pasti ramai yang dah mahir, tapi ada juga sebenarnya langsung tak tau..**ngaku cepat**Pertama sekali yang perlu kita tahu adalah tentang faktor kesuburan, iaitu hari bila kita subur sebenarnya..ehem..cehh..da macam gaya pakar sakit puan..**kembang hidung**danggg!

Kenapa perlu tau waktu subur..1st,sebab nak dapat anak dan 2nd, nak merancang. Ye!bagi yang nak merancang (elak) kehamilan pun kena amek tahu jugak..

Terdapat beberapa fasa di dalam kitaran haid. Kita perlu memahami fasa ini. Kira ini yang paling simple la ye.

Hari ke 1-4

Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation).Ketika ini darah haid keluar. Hari pertama period adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, ia perlu ditanda di kalendar dan tamat selepas berapa hari. Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan sekiranya kita ingin merancang untuk mengandung.

Hari ke 5-13

Ini dipanggil fasa follicular. Pada fasa ini, hormon estrogen meningkat. Ketika fasa follicular ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang. 

Hari ke-14 

Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telur ini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalu saluran falopio ke rahim. 

Hari ke15-28

Ini dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur dikeluarkan dari sarangnya, sejenis hormone dipanggil progestrone di rembes daripada sarangnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah progestrone semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka dinding ini akan runtuh sebagaimana runtuhnya tembok Berlin. kahkahkah..Proses akan mengalami kitaran semula pada hari 1. 


So..bila sebenarnya waktu subur..??? selepas kita tau kiraan waktu kitaran haid (period) kita, waktu yang sangat sesuai kita bersama dengan suami adalah waktu ovulasi berlaku. **sila check balik kat atas tu ye**

Untuk mendapatkan kesan yang lebih cepat..cehh..**gedik**korang boleh bersama setiap malam atau siang (kecuali bulan puasa la yangg oii) dan pada hari ke 11,12,13,14,15,16 period untuk mendapatkan waktu optimum hari kesuburan sekiranya period korang datang 28 hari.

Ha..itu yang merancang untuk hamil..bagi yang mengelak hamil, (ini untuk yang dah berkahwin ye), maksud aku,kalau tak mo anak rapat2, Sperma boleh bertahan selama 5-7 hari, so 5 hari sebelum atau selepas hari subur adalah waktu yang perlu dielakkan dari bersama suami isteri. Faham ke.. Itu bagi yang nak merancang sendiri la. 

Ok.Selesai bab nak kira kitaran haid dan waktu subur yang paling simple..**kalau tak faham,sila rujuk yang lebih arif ye**,pastu share kat sini.

Selain itu..Pemakanan juga mempengaruhi tahap kesuburan kita. Bukan saja yang merancang untuk hamil,tapi perlu bagi kita semua demi mendapatkan kesihatan yang baik.
Sebolehnya kita elakkan Minum coca cola, pepsi cola, minuman bergas,Makan junk food,Segala jeruk kering seperti asam boi dan jeruk basah,Makan makanan fast food seperti KFC, Mc Donald dan pizza (alahai..semua ni makanan feveret aku kecuali jeruk2 la)

Dan sebagai makanan tambahan, bagi suami dan isteri kita digalakkan mengambil asid folik dan spirulina. **rujuk kelebihan dan khasiat pengambilan asid folik, search kat Incik Google ye**

Ok.Rasa setakat ni yang aku nak berkongsi. Insyaallah jika kita berusaha, kita akan dapat hasilnya. Tapi jangan bersedih kalau kita dah berusaha tapi masih tak nampak hasilnya. Ingat,,bukan kita tak ada rezeki, rezeki tu ada..tapi Allah nak berikan yang lain dulu..Manusia merancang, Alah merancang, tapi Perancangan Allah lebih terbaik. Doa banyak2 ye..





p/s InsyaAllah next year dah boleh plan yang second..sabar ye abang adam!!!











When life gives you a hundred reasons to cry, Show life that you have a thousand reasons to smile

Saturday 7 April 2012

Sakit Mata!

Dah hampir beberapa minggu aku tak update belog..sebab beberapa perkara yang membuatkan aku tak sempat langsung nak meringankan jari jemari ni menekan huruf2 di keyboard..dan fikiran aku ni tak lapang nak mengolah ayat.. **tarik nafas**

Ok.Sebenarnya si kecik ni baru sembuh dari sakit mata. Dan menjaga orang yang sakit mata terutama bagi kanak-kanak adalah sangat mencabar dari segi minda dan emosi. Yelah kan..apa lah yang budak2 sebesar ni tau nak menahan sakit..yang diaorang tau adalah merengek dan terus merengek..tak kira siang pagi petang malam. 

Sebelum aku membebel panjang lebar lagi,aku nak berkongsi sikit apa yang kita perlu tahu tentang sakit mata atau dalam saintifiknya dikenali sebagai conjunctivitis, adalah radang pada selaput luar biji mata (eyeball). Penyebab utama sakit mata ini adalah kerana jangkitan virus dan kuman (bakteria). Sakit mata ini memang mudah berjangkit pada semua peringkat umur terutama pada kanak-kanak.

Macam mana kita nak tau mata kita telah dijangkiti. Pertama, bermula dari mata merah kemudian berjangkit sebelah mata lagi. Kedua, mata akan berasa gatal. Ketiga, mata akan berasa pedih, dan berpasir. Dan tanda lain mata boleh menjadi bengkak, dan berkeruping atau bertahi mata setiap kali bangun tidur.

Rutin harian aku bila start anak sakit mata, setiap pagi aku akan bersihkan mata dia dengan tisu basah. Dan kemudian aku titiskan ubat mata yang doktor bagi. Tapi hampir seminggu memang takde kesan atau perubahan apa-apa. Jadi aku ambi keputusan untuk bawak anak ke Klinik Homopati di PKNS Bandar Baru Bangi. Untuk Pengetahuan, dan baru aku tau sebenarnya bila kita sakit mata 'Antibiotik' adalah sangat tidak diperlukan. Ok.itu satu hal. Dalam masa anak mengambil ubat homopati, aku juga titikkan mata dia dengan susu ibu. Alhamdulillah, beberapa hari selepas tu, mata dia baik.

Tapi masalah tak selesai lagi....sebab bila anak dah baik..aku dan babah dia pula yang dapat sakit mata pulak..ohh tidakk!!ujian lagi..

Memang sakit mata, amat stress dan keadaan mood pun menjadi tidak berapa stabil. Masa aku tengah update belog ni pun dalam keadaan mata yang tidak berapa elok lagi.. 2 hari lepas dah terbang RM**** dekat pakar mata..errrrr


gambar hiasan (sakit mata merah)






p/s kena baik cepat sebelum nak ber holiday ni!!!!!



When life gives you a hundred reasons to cry, Show life that you have a thousand reasons to smile

CopyRight © Segala Yang Tercatat di atas adalah Hak Milik diarinadiaa.blogspot.com