Monday 30 January 2012

Terasa Kerdil tengok Hafalan Shalat Delisa!

Mungkin ada yang dah tengok cerita Hafalan Shalat Delisa (Astro 1st), yang belum tengok tu aku rasa perlu dan galakkan sangat korang tengok. Cerita ni mengisahkan seorang gadis kecil yang sangat ceria,yang dah kudung kaki kanan serta  kehilangan ibu dan adik beradiknya dalam tragedi tsunami yang berlaku di Acheh..dan dia terus menjalani kehidupan  dengan bapanya dengan tabah.

Rasanya tak perlu aku ulas lebih panjang, yang aku tau cerita ni memang meninggalkan kesan yang terlalu mendalam..,,mengajar kita lebih kuat menghadapi segala ujian.. mengajar kita erti kasih sayang,keikhlasan, dan yang penting tujuan hidup kita semua adalah kerana Allah Taala.

Ya Allah..terasa kerdil hambaMu ini..

Semoga aku sekuat dan setabah Delisa dan mereka2 yang tabah mengharungi ujianMu. Dan Semoga anakku menjadi anak yang baik dan ikhlas.




p/s menitis airmata tengok cerita ni...

When life gives you a hundred reasons to cry, Show life that you have a thousand reasons to smile

Cerita Pramugari dan Ulamak

Seorang Ulamak berada di dalam sebuah kapal terbang untuk terbang ke sebuah negeri. Apabila tiba waktu solat,dia pun segera ke tandas untuk mengambil wudhuk. Oleh kerana tandas tersebut terlalu kecil,dia terpaksa membuka pintu tandas tersebut, semasa dia hendak mengangkat salah satu kakinya ke tangki (washing basin),seorang pramugari telah ternampak akan perbuatan ulamak tersebut lalu menegurnya

Pramugari   : Tuan tidak boleh basuh kaki kat dalam tangki itu, sebab ia akan mengotorkan tangki. Itu tempat basuh muka, bukan basuh kaki (tegas pramugari itu)

Ulamak      : (dengan suara lembut dan dengan penuh rasa rendah diri) berapa kali saudari mencuci muka dalam sehari, soal ulamak itu pula

Pramugari     : (dengan nada angkuh) kebiasaannya sekali atau 2 kali...

Ulamak       : Oh..saya mencuci kaki saya lima kali sehari,kadangkala lebih..bermakna kaki saya lebih bersih dari muka saudari (jawab ulamak bersahaja)



gambar sekadar hiasan




 p/s renungkan bersama ye!!





sumber//razzyy.com


When life gives you a hundred reasons to cry, Show life that you have a thousand reasons to smile

Sunday 29 January 2012

10 Petanda yang Perlu Di Ambil Tahu Berkait Dengan Fungsi Badan!

Pernahkan kadang2 atau kerap kita rasa sesuatu atau sakit di bahagian2 tertentu..ok,aku nak kongsi sikit 10 tanda berkait dengan fungsi badan kita. Sekurang2nya kita kena ambil tahu juga kan..

Rasa takut mengejut
Fungsi buah pinggang lemah. 

Cepat naik darah/Marah
Fungsi hati lemah / Tekanan darah tinggi

Rasa bimbang dan takut
Sistem paru-paru lemah

Suka berfikir/Berkhayal
Sistem penghadaman yang lemah

Badan terasa Berat/Malas/Lenguh
Badan mengandungi asid yang berlebihan / Proses penyeimbangan sedang berlaku

Kerap Kencing
Buah pinggang mengandungi kotoran

Kencing berdarah
Penyakit batu karang atau buah pinggang luka

Pening/Sakit di bahagian depan kepala
Menandakan tekanan jiwa akibat bebanan mental atau banyak berfikir

Rasa pening yang memusing
Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar

Rambut gugur
Menandakan fungsi buah pinggang lemah (tapi selepas gugur,rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan gugur)


sekadar gambar hiasan



Credit to susu.my







When life gives you a hundred reasons to cry, Show life that you have a thousand reasons to smile

Sehari di Sunway Lagoon

Tak ada post yang menarik pun untuk dikongsi sangat..tapi menarik la untuk kami tiga beranak hari ni..hikss..sebenarnya da lama aku dan suami tak bawak adam berjalan, semua disebabkan kesibukkan yang amat hebat ditempat kerja (ha..ayat kaw2 punya).. so bila dah free hari ni,plan punya plan kami terus gerak gi Sunway Lagoon,hokeyy!..kira punya kira,lama jugak la aku tak gi sana..(masa zaman skolah dulu sangat rajin..hehe) adam mmg tak pernah la pun! 

so takde benda sangat nak cerita..ni gambar2 yang sempat aku amek..tapi gambar tak berapa menarik sebab aku cuma guna henpon yang tak seberapa canggih ni, dan gambar pun amat terhad untuk diambil..takut masuk air kan.aihh..(lainlah kalau henpon waterproof) takpun guna kamera Nikon Coolpix AW100..ok jugak tu..dalam air pun no hal kan..kan..

eh!!jangan angkat!!!!saya nak terjatuh ni!!



ha..yang ni dari dulu memang permainan feveret aku..naik 10x pun ok!

ha..gambar yang ni adam tolong amek ok!


syhhh..sang bedal tengah tdo..!


pak belang beradu..zzzzZzz..

aiskrim ni 4 hengget hokeyy!! (mat kool je pun)

baru abis berendam..baru leh amek gambar

dah penat







ha..layan je la adam  permainan ni..fly!!yeahh!!


ok..setakat ni je la gambar yang larat aku post and upload..sebenarnya banyak lagi permainan2 best dan mencabar kat sini,tapi pepahamla bawak budak kecik kan..semua terbatas!! pastu da petang sikit tu, hujan pun mula turun rintik2...apa lagi....balik laaa.. (eleh,tak bwk budak kecik pun,aku memang penakut..syhhh..)


p/s thanks babah, sebab bwk adam jalan2 walaupun adam tau, seminggu dua ni babah penat sgt kat workshop and tak cukup tido!!!












When life gives you a hundred reasons to cry, Show life that you have a thousand reasons to smile

Saturday 28 January 2012

Hanya 3 Tahun 2 Bulan

Apa yang hanya 3 tahun 2 bulan tu...ha..ni nak share sikit pengalaman aku breastfeed kan si bambam tu (dulu la bambam nya) sekarang..mak aihh..da slim cam mama dia..sebab terlalu la lasak!!..eh..eh..lupa pulak ramai yang bloggers/followers ni muda belia remaja..tapi takpe..ilmu gak tu...korang pun akan melalui pengalaman berharga ni kan..berkahwin..mengandung..bercucu..bercicit..  

ok2..sambung cerita.. Alhamdulillah walaupun pelbagai rintangan (biasalah tu) akhirnya aku berjaya full breastfeeding sampai Adam berumur 2 tahun, (tanpa campur susu lain) dan terus bersambung (tapi da campur susu formula lain gak la) sehinggalah umur dia 3 tahun 2 bulan!....uii..lama gak kan tu,walaupun ramai kat luar sana tu ada yang sampai 4 5tahun..aihh..**tu da bosar gajah** 

oleh disebabkan Adam da besar, pelbagai usaha dan cara aku nak stopkan dia dari menyusu, eh bukan senang tau..tapi last baru jumpa ubat..jeng!!jeng!!jeng!! G.A.R.A.M!! haa..hamekk!! alololo!!siannya anak mama.. memang mula2 rasa sedih sangatttt,tapi atas dorongan keluarga termasuk incik suami,aku kuatkan hati jugak! so sekarang da 3 bulan dia da menyusu sepenuhnya dengan susu tepung bahasa kasarnya susu lembu..hikssss..

kebaikkan dan kelebihan susu ibu..rasanya tak perlu la aku ulas lebih panjang kat sini, rasanya semua orang da tau..cuma yang pastinya yang aku nak tekankan sangat, boleh merapatkan kasih sayang antara ibu dan anak..sangatt!!

Ingatlah pada hari (ketika) kamu melihat kegoncangan, lalailah semua wanita yang menyusukan anaknya dari anak yang disusukannya (Surah Al Haj Ayat 2)

**Apabila telah lahir anak lalu disusui maka bagi ibu itu setiap satu tegukkan daripada susunya diberi satu kebajikan** Allahuakbar.

Tapi kena ingat bukan semua dapat menyusukan anaknya..tapi takpe, Allah rancang yang terbaik untuk kita.. Semua Ibu tetap yang terhebat..!


sekadar gambar hiasan







When life gives you a hundred reasons to cry, Show life that you have a thousand reasons to smile

Wednesday 25 January 2012

Pendrive dekat 7Eleven

haa!!tak de idea nak buat tajuk ape untuk post malam ni..yang pastinya hari ni,aku betul2 mengalami jiwa kacau!!sebab...pendrive aku cicir..ntah ke mana!! **cett!!ingatkan mende** aihh..cakaplah apa yang korang nak cakap, memang tension tau sebab dalam tu macam2 maklumat,gambar,lagu,dokumen2 penting...aihhhh!!!! da puas aku geledah beg, segala beg yang aku bawak gi ofis tadi....last aku ingat,memang aku pegang sekali dengan kunci kereta.. uwaaaaaaa!!! 

tetiba tengah dok mengelamun mengenangkan nasib malang hari ni **poyo** si kecik pengarang jantung ni pun datang dok sebelah aku

adam: mama kenapa (soalan macam budak besar)
aku: takde apa..pendrive mama hilang (kataku acuh tak acuh **bukan dia paham pon**)
adam: pen*** (sebutan tak betul) ke..oooohhh.. (macam tau) terus dia pergi dari situ.

dari dalam bilik, aku dengar kelentang kelentong barang si kecik tu punggah **aihh..apa pulakk budak kecik ni**

adam: ha..nah mama!! (si kecik menunjukkan charger hp yang da rosak)

laaa..**pe pulakk la si kecik ni** taktau buat tau..aihhh (rungutku dalam hati..nak tergelak pun ada)

aku: bukan ni la sayang..ni charger hp,bukan pendrive.. (terangku perlahan..sebab penat dan tension)
adam: ohh..pen** (sebutan tetap tak betul) jom la kita beli kat 7-7 (maksud dia 7Eleven,sbb dia tak reti sebut lagi kott)

aihhhh....bertambah pening** alahaii adam....



p/s nak balik pendrive tu....!!!plsss!!






When life gives you a hundred reasons to cry, Show life that you have a thousand reasons to smile

Saturday 21 January 2012

Nak tahu tak berapa Nilai Belog kita!

Helloo!!!Malam ni aku nak kongsi satu lagi Info, mcm mana kita nak tahu Nilai atau bahasa lainnya Harga Belog kita ni. Hahaha.. Macam urusan Jual Beli pulakkk!!...(kan best kalau boleh cash kan duit tu..hahaha!!)
Ok2..tanpa buang masa..cehh..cuba korang ikut cara yang aku bgtau ni ye..

1.korang Klik Sini!! 

2.masukkan alamat domain korang dengan lengkap, contohnya http://www.diarinadiaa.blogspot.com (pastikan korang letak http://)

3.tekan VALUE...jeng..jeng..jeng...!korang akan dapat nilai belog korang tu..

wahhh!!banyaknya....kan best kalau dapat duit tu...hehe!! (eh..kalau sikit mcm aku..uhukk **sedih**) gurau je!!kalau boleh pun, tak sama nilai dengan idea dan masa kita ngadap belog ni hari2 kan!!

Hokeyy!! SELAMAT MENCUBA!!!






When life gives you a hundred reasons to cry, Show life that you have a thousand reasons to smile

Ada Hikmah Di Setiap Ujian yang Kita Lalui!

Sebagai manusia hidup kita semua ni takkan terlepas dari pelbagai ujian dan dugaan. tak kira org islam ke,bukan islam ke,tua, muda, lelaki, perempuan, itu mmg dah tertulis! cuma beza org islam dan bukan islam, bagi yang bukan islam mereka akan menggunakan logik akal, kefahaman masing2 untuk menyelesaikan semua masalah mereka tu...,dan jika akal mereka tidak dapat berfikir dengan waras, apa lagi, mereka akan ambil jalan mudah, contohnya makan ubat tidur, bakar diri...dan macam2la nak ambil nyawa sendiri,konon tak larat da nak hadapi semua tu...aihhh!!!(bukan je org bukan islam, tetapi ada jugak org islam yang takde asas keimanan yang kukuh buat perkara2 macam tu..gantung diri la..nauzubillah)

kita kena sama2 ingat..(aku tekankan pada diri sendiri jugak ni) setiap yang berlaku ada hikmahnya!! kita kena  tahu juga, memang kita merancang, Allah pun Merancang, tapi Perancangan Allah adalah yang terbaik!! siapa kita nak menghalang kehendak tuhan..! fikirkan..

memang kadang2 bila kita diduga, kita selalu mengeluh, terfikir, apalah agaknya hikmah disebalik ujian yang kita hadapi ni.. (betulkan..) aku sendiri pun kdg2 macam tu... ye..! memang hikmah tu kita takkan sedar dalam masa tu,tapi satu hari nanti,insyaAllah seandainya kita redha, kita akan nampak besarnya hikmah ujian tu.. (aku sendiri pernah lalui) cuma yelah kan,,sebagai manusia, kita bukan sekuat dan setabah manapun. (kadang2 kita sendiri pandai nasihat org..bila kena kat batang hidung sdri....aihhh)

aku pernah baca, setiap ujian yang kita lalui ni ada beberapa peringkat, ni diantara peringkat yang aku nak kongsi

Peringkat Pertama
Allah bagi ujian ni sebab Dia nak naikkan darjat seseorang di Akhirat kelak. lebih2 lagi untuk orang yang taat dan betul2 beramal di dunia,  dimana Allah nak mengukur tahap kesabaran dan ketaatan mereka.

Peringkat Kedua
Ini lebih kepada orang2 islam yang berdosa, (semua manusia mempunyai dosa,tak kira lah dosa besar atau kecik) dimana ujian ni adalah sebagai penghapus dosa dan peringatan dari Allah. Kena ingat ujian yang diberikan itu, sebab Allah sayangkan kita lebih dari kasih sayang ibu kepada anak2nya. Allah nak kita bersihkan dosa sebelum pulang kepangkuanNya.

kalau nak cerita pasal hikmah disebalik ujian, memang takan habis.. jadi muhasabbah sama2 diri kita, selagi diberi ruang kesempatan, perbetulkan balik diri kita... dan redha dengan setiap ujian dan dugaan, walaupun perit..sakit..untuk lalui semua tu..

**jangan jadi macam ni ye..seolah2 berputus asa dan tidak redha**



aku slalu berpegang dengan kata2 ni.. Takdir Allah Adalah yang Terindah..






When life gives you a hundred reasons to cry, Show life that you have a thousand reasons to smile

Thursday 19 January 2012

Apa Kaitan tanda $$ dengan Blog Saya

Ok!Segmen dari Ben Ashaari hari ni JOM PROMOSI BLOG ANDA DI SINI..dan ben nak blogger jelaskan apa kaitan tanda $$ dengan blog kita..HAHAHA!!agak menarik..walaupun mula2 aku agak kompiuss!

ok. ini pada pandangan aku ye, eh.ada ke tanda $$ dalam belog aku ni.. (woii..yang banyak iklan tu mende..**hiksss) mula2 yang aku nampak tanda $$ terus aku terbayangkan DUIT!.. salah satu kaitan duit dengan blog aku, ialah hobi dan punca pendapatan sampingan. yelah dalam kita menghabiskan masa dengan berbelog dapatlah kita menjana 'income' sikit2..tapi pada aku hasil duit yang kita dapat tu bukan free2 tau, tapi seolah2 kita bekerja tolong mempromosikan iklan2 mereka, contoh, (NUFFNANG,ADVERTLETS dan CHURPCHURP), makin rajin kita update atau aktif dengan blog makin banyak hasilnya, tapi kena pandailah atur strategi..(betul tak ben)..

kaitan yang kedua pulak adalah sebagai pembakar semangat, apabila kita melihat blogger lain mendapat hasil income yang banyak atau ramai followers, kita pun akan berusaha membaiki mutu blog dan penulisan  kita dengan lebih baik dan automatik kita akan jadi blogger yang lebih kreatif dan berfikiran terbuka. 




p/s tapi ikhlas sebenarnya,,niat aku berbelog bukan pasal nak cari income pun, tu kalau da rezeki..aku berbelog adalah sebagai hobi dan nanti aku akan buat entri pulak,tujuan utama aku berbelog..


When life gives you a hundred reasons to cry, Show life that you have a thousand reasons to smile

Wednesday 18 January 2012

Nak tahu Samada Belog Masih Berfungsi atau TIDAK!

pon..pon!!*tumpang lalu*kataku penuh sopan..HAHAHA!!...ok2...hari ni aku nak share sesuatu yang agak menarik jugak la,rasanya ramai yang tak tahu tu..*kalau korang da tau tu, tak apalah kan*diam sudahh!aiyakkk!
tadi masa aku berbelogwalking atau bahasa kasarnya skodeng2 belog terjumpa satu entri, macam mana nak tau kalau belog kita masih berfungsi atau da rosak..zassss! hokey sebelum tu credit to Cik Zety sebab sudi berkongsi info ni.


kalau korang nak tau atau cuba2 la kan, boleh KLIK SINI!.....

**Gambar Sekadar Hiasan yang takde kena mengena **hiksss***


**SELAMAT MENCUBA**

When life gives you a hundred reasons to cry, Show life that you have a thousand reasons to smile

Monday 16 January 2012

3rd day school,istimewa untuk Mama!!

3rd day school, malam tu aku saje2 borak dengan si kecik ni..yelah,,walaupun 'playschool' je pun tapi kita as a parents kena amek tau perkembangan anak2 kita dari semua segi..walaupun kita dua2 bekerja.....jangan jadikan tu satu alasan konon kita penat dan tak sempat nak pk semua tu..aihh..No!!No!!sian anak2 kita tu kan..

ok..berbalik pada cerita, 

aku: best tak adam gi school tadi (tanyaku beriya2,nak amik hati si kecik)
adam: best (angguk sambil tangan memunggah2 kereta dia dalam bakul)
aku: adam blaja apa tadi..
adam: mana ada blaja..asyik2 buat circle and main2 je! (kata dia lagi,tanpa memandang ke arah aku) **sebok ngadap kereta dia tu**

yelah..aku pun paham..memang la tak blaja apa lagi..ni kan masih minggu orientasi..**hikss..** sambung borak lagi..

aku: ohh..ok..teacher adam tu suruh buat apa dalam circle (tanyaku seakan budak2 baya2 adam..haha)
adam: alaa..banyakk sgtt (jawab dia lagi sambil menunjukkan gaya dengan mendepa kan tangan luas2)..tiba2 dia terus lari...

dari luar bilik..

adam: mama,tunggu jap!!adam nak cari beg adam..ada 'istimewa' lupa pulak (jeritnya lagi)

aihh..istimewa??? (ngomel aku dalam hati..)

adam: ni ha mama!!! (katanya lagi sambil mengeluarkan sesuatu dalam beg) adam lupa nak bagi istimewa ni kat mama and babah!!...
aku: eh..comelnya..siapa buat.. (kataku teruja..melihat orang yang diperbuat dari manila kad) walaupun lukisan mata tak berapa kemas.. **alaa..apalah sangat untuk budak si kecil ni**
adam: adam la buat untuk mama..ni namanya istimewa.. (kata dia bersungguh2)
aku: istimewa tu apa adam (soalku lagi sambil membelek2 orang kertas tu)
adam: istimewa tu mama and babah la.. (katanya lagi dan sambung main dengan kereta)..

**comelnya......*** terharu sekejap...



hehe..tanya lagi..

aku:adam..kenapa orang kertas ni adam cakap istimewa..
adam:mestilah..ni adam (sambil tunjuk nama yang teacher dia tulis dekat org kertas tu), pastu adam ni istimewa utk mama and babah.....


When life gives you a hundred reasons to cry, Show life that you have a thousand reasons to smile

Friday 13 January 2012

Di antara 5 Perkara yang Seboleh2nya YAHUDI tidak mahu Dunia tahu!!!

ok.hari ni aku nak kongsi satu perkara yang mungkin ramai dah tahu atau belum tahu..iaitu 5 Perkara yang seboleh2nya YAHUDI tidak mahu masyarakat Dunia tahu!! Cett!!! tapi bila dah tahu ni sendiri mau ingat lah yer..**tepuk dada tanya hati**

1.Israel adalah salah satu Pembekal Rokok terbesar dunia..tapi rakyatnya tidak digalakkan menghisap rokok sebab mereka tahu bahaya dan bahana kandungan rokok itu!! (abis koranggggg??)

2.Israel mempunyai kepakaran dalam mencipta Vaksin dan mahir dalam Ilmu Perubatan,namun tu hanya untuk kegunaan orang luar,sebab mereka tahu bahan kimia yang terdapat dalam ubat akan merosakkan untuk satu jangkamasa panjang. Penduduk Israel sendiri menggunakan 'Habattus Sauda' dalam perubatan harian.

3.Di Israel akan memakan buah2an terlebih dahulu sebelum memakan hidangan utama yang mengandungi karbohidrat seperti nasi atau roti, ini kerana memakan makanan utama dahulu  kemudian makan buah2an akan menyebabkan kita berasa mengantuk dan lemah untuk melakukan aktiviti harian. Tapi dekat sini konon buah2an adalah sebagai pencuci mulut.

4.Mc Donald di Israel telah membuat pengubahsuaian contohnya dalam minuman. Mereka menggantikan kopi berkafein dengan teh yang mengandungi polyphenols yang berfungsi sebagai antioksida utuk membuang sel rosak dan mencegah kanser. Tapi kita di sini masih lagi menggunakan kafein bahaya!!

5.Israel terus melakukan pelbagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al Aqsha dan Qubah Shakrah sejak 50tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid agar runtuh  dengan sendirinya.

(sebenarnya ada beberapa perkara lagi lagi yang Yahudi lakukan dan elakkan dari satu dunia tahu) **credit to myibrah.com**

**Jadi fikir2 kan ye**


p/s gambar ni hanyalah sekadar hiasan semata2,tak de kena mengena dengan yang hidup atau yang dah tiada.





When life gives you a hundred reasons to cry, Show life that you have a thousand reasons to smile

Thursday 12 January 2012

Imbas Kenangan Budak Bucuk!!

aihh..cepat betul masa berlalu..pejam celik..pejam celik dah besar 'budak bucuk' a.k.a buah hati pengarang jantung ni..sape lagi kalau bukan Muhammad Adam Hariz (alkisah nama diberi)..so untuk mengenang memori dolu time adam kecik2, saje nak hias belog ni dengan gambar2 dia masa kecik dulu....taraaaa!!

aihh..sepet betul budak kecik ni..masa ni umur rasa tak sampai sebulan lagi.

budak kecik ni dengan wan kesayangan dia (my mom,hokeyy!!)

si kecik baru blaja duduk..

sebok nak kacau mama bawak kereta..hiksss

adam dengan babah tengok menu nak makan apa..

adam dengan makngah & pakngah **baca doa ke tu**

blaja pegang pen,nak conteng-conteng**pandai tak**

**syhhh**ngantuk pulakk baca buku ni..

aipp..apa pandang2..**hikss*

**skodeng** adam ye....

adam sayanggg mama!!!!!


ok!!ni je..kalau boleh,memang nak upload banyak2 tapi malass la pulakk..hiksss..kang nanti jemu pulak uols ngadap kan...

**anak-anak adalah anugerah tuhan yang terindah..didik dan curahkan kasih sayang dengan sebaiknya**

p/s adam da besar..!!tahun ni da school tau!!....hiksss.. bulan 8 ni da 4 tahun!





When life gives you a hundred reasons to cry, Show life that you have a thousand reasons to smile

Wednesday 11 January 2012

Perlu Baca! Wasiat Rasulullah S.A.W kepada Saidina Ali r.a

Rasulullah s.a.w berkata,

Wahai Ali..bagi orang MUKMIN ada 3 tanda-tandanya:
1.tidak terpaut hati pada harta benda dunia
2.tidak terpesona dengan pujuk rayu
3.benci terhadap perbuatan dan perbualan yang sia-sia

Wahai Ali..bagi orang ALIM ada 3 tanda-tandanya:
1.jujur dalam berkata2
2.jauhi semua yang haram
3.merendahkan diri

Wahai Ali..bagi orang JUJUR ada 3 tanda-tandanya:
1.merahsiakan ibadahnya
2.merahsiakan sedekahnya
3.merahsiakan ujian yang menimpanya

Wahai Ali..bagi orang TAKWA itu ada 3 tanda-tandanya:
1.takut berlaku dusta dan keji
2.jauhi kejahatan
3.dekati yang yang halal dan jauhi yang haram

Wahai Ali..bagi orang yang AHLI IBADAH ada 3 tanda-tandanya:
1.mengawasi dirinya
2.menghisab dirinya
3.memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t

***adakah kita ada dalam golongan2 yang di atas seperti dalam Wasiat dan Pesanan Rasulullah s.a.w**

Ya Allah....Mudah2an kami dikalangan orang2 yang engkau Redha dan Rahmati..Amin..




When life gives you a hundred reasons to cry, Show life that you have a thousand reasons to smile

Secebis Kata - Sahabat

Persahabatan ini seperti Tangan dan Mata..
Saat Tangan Terluka..Mata Menangis..
Saat Mata Menangis, Tangan Menghapuskan Airmata..

Bersahabat dengan orang Jahat..ibarat berperahu di laut..Sungguhpun kita selamat dari tenggelam tapi kita tak terlepas dari rasa takut....





Sahabat yang BAIK adalah sahabat yang berani memperbetulkan kita, ketika kita melakukan kesalahan sehingga kita tidak hanyut dengan dosa kesalahan itu... dan Sahabat SEJATI pula akan meluruskan jalan ketika kita kehilangan arah dan tak akan meninggalkan kita dalam suka apalagi dalam duka...

Renung2kan kita di dalam kategori mana ye!! Mudah2an kita dapat jadi sahabat yang baik dan manfaat pada sahabat atau kawan kita. InsyaAllah.























When life gives you a hundred reasons to cry, Show life that you have a thousand reasons to smile

Tuesday 10 January 2012

Teh Tarik RM1 vs Kambing

ni ada satu lawak agak sengal kot yang nak aku post bagi cerah biji mata aku sendiri (sbb terlalu ngantuk tengahari buta ni) HEHEHE...

Satu Hari, ada seorang lelaki datang ke gerai mamak lalu memesan satu gelas air teh.

Pemuda  : Mamak....teh tarik RM1 satu!!
Mamak  : Wokeyyy!!

Setelah penat menunggu....teh tarik yang diminta pun sampai..

Mamak  : nah, teh tarik RM1 satu...

Pemuda  : Mamak!! kenapa dalam teh tarik ni ada lipas (kata pemuda itu dengan nada marah yang teramat)

dengan selamba mamak tu menjawab...

Mamak  : aiyooo!!takkan la dengan harga RM1, awak boleh mengharapkan KAMBING di dalamnya.....

grrrrrr...KAHKAHKAHKAH!!




Moral : tempat ni kotor, blahlaaa!!


When life gives you a hundred reasons to cry, Show life that you have a thousand reasons to smile

Saturday 7 January 2012

nak tau tak..umur kita ikut tahun hijrah

hari ni aku nak cerita pasal tahun kelahiran kita pada tahun Masehi dan tahun hijrah..dan sikit kelebihan bulan kelahiran aku tu (tahun Hijrah la).. teruskan baca..

chopppp! sebenarnya aku pening,keliru..betul ke kalau ikut tahun hijrah, kita sebenarnya tua setahun dari umur kita sekarang...contohnya aku lahir 3 Jun 1983, bersamaan dengan 21 Syaaban 1403..tahun ni aku 29 tahun... tapi kalau ikut tahun hijrah, sekarang 1433 hijrah kan, tolak dengan tahun kelahiran aku 1403 so sekarang aku 30 tahun.(faham tak).....HeHeHe...

ok..sebelum ni aku tak tahu pun aku lahir bila..(tahun Masehi tahu ler)..pening gak nak mencari, yelah mana nak dapatkan kalendar lama2 kan..kan..(aiyooooo)..tapi godek punya godek dengan En.GOOGLE, jeng..jeng..jeng..dapat jugak aku tahu tahun bila aku di lahirkan..Yeayy!!..bermula dari situ aku rajin bebenor search semua lah tahun kelahiran ahli2 keluarga aku...dan yesss!!, tahun kelahiran aku sama dengan si kecik buah hati aku sorg aku ni.... psstttt..aku nak share laman web tu, (nak tak..) tapi kalau korang dah tau, takpe laa..tapi rasa ramai gak yang tak tahu tapi nak tau..WHATEVER! hiksss..

ok..kalau nak tau kita lahir bila KLIK SINI!!!pastu korang gi kat penukaran tarikh dan ikut arahan seterusnya..kat situ ada sekali fadhilat bulan2 islam yang korang dilahirkan..SELAMAT MENCUBA!!

p/s aku dah 30 ke..............banyak kelebihan bulan Syaaban ni.. (bulan2 lain pun banyak gak,macam Rejab dan Ramadhan)

'Bulan yang paling dicintai oleh Rasulullah s.a.w akan berpuasa di dalam bulan Syaaban kemudian meneruskan di dalam bulan Ramadhan'




When life gives you a hundred reasons to cry, Show life that you have a thousand reasons to smile

Thursday 5 January 2012

Kisah pokok epal

hari ni aku nak share sikit satu kisah teladan yang aku suka dan sebenarnya agak menyentuh perasaan iaitu kisah pokok epal..

cerita nya macam ni,,


Suatu masa dulu,ada sebuah pokok epal yang amat besar..seorang budak lelaki gemar bermain2 dekat pokok epal itu..boleh dikatakan saban hari,setiap masa setiap detik masa budak lelaki itu memang banyak dihabiskan di situ, dia memanjat,memetik dan makan epal sepuas2nya..pokok epal itu pun memang suka dan sayangkan budak lelaki itu.

Masa berlalu begitu pantas..

budak lelaki itu dah besar..dah meningkat remaja. dia dah tak lagi habiskan masanya di  sekitar pokok epal itu. namun,pada satu hari, lelaki itu datang dengan wajah yang sedih. 'marilah bermain2 di sekitarku,ajak si pokok epal itu'.. 'taknak,kata lelaki itu,aku bukan lagi kanak2,aku dah besar,aku perlukan permainan lain tapi..aku tidak mempunyai duit..ujar lelaki itu lagi.. 'kalau macam tu,kamu petiklah buah2 epal yang ada padaku,kemudian kamu jual,bila dapat duit kamu gunalah untuk membeli permainan yang kamu inginkan..
lelaki itu dengan gembiranya memetik kesemua epal2 itu dan berlalu pergi..agak lama dia tidak datang menemui si pokok epal, pokok epal berasa terlalu sedih..

Sehinggalah satu hari..

lelaki itu datang lagi, tapi dia semakin dewasa..dia datang lagi dengan muka yang sedih.. 'marilah bermain denganku,ujar si pokok epal dengan nada yang terlalu gembira... 'tak boleh,ujar lelaki itu..aku bukan kanak2 mcm dulu,aku dah dewasa, aku banyak tanggungan, aku perlukan duit untuk membuat atau membeli rumah tapi aku tak ada duit..ujar lelaki itu bersunguh2....
'maafkan aku,aku tidak mempunyai rumah untuk beri pada kamu, tapi ambillah dahan2ku yang besar2 ini untuk membuat rumah, si pokok epal memberi cadangan.. 
lantas si lelaki terus memotong kesemua dahan2 besar si pokok epal dan terus berlalu pergi... si pokok epal benar2 merasa puas dan terlalu gembira kerana masih dapat membantu lelaki itu......tapi masa berlalu pergi..hari berganti tahun...leaki itu masih tidak muncul..si pokok epal kecewa..

pada suatu hari yang panas..ada seorang lelaki yang sudah nampak matang dan dewasa. tapi si pokok epal masih kenal dialah kanak2 yang dulu selalu bermain di sekitarnya.. si pokok epal tidak berputus asa mengajak lelaki itu bermain.. 'tapi aku sudah dewasa dan ada cita2 lain..aku perlukan sebuah boat untuk berlayar,dan aku mengharapkan pertolongan kau..ujar lelaki itu bersungguh2 lagi..

'maaf, aku tidak ada boat untuk membantumu,tapi kamu boleh memotong batang pokok ini unuk dijadikan boat..kata si pokok epal seikhlasnya..  lalu lelaki itu tidak membuang masa lalu terus memotong batang pokok epal itu dan terus berlalu pergi........pokok epal ditinggalkan lagi...

sehinggalah satu hari lagi.. datang seorang lelaki yang dah dimamah usia..dia jugalah kanak2 yang pernah bermain2 di sekitar pokok epal itu..

'maafkan aku..aku tidak dapat membantumu lagi..aku sudah beri kesemua buah untuk kamu jual, dahan untuk buat rumah,tempat kamu berteduh sekeluarga..dan batang untuk buat boat untuk berlayar mengejar cita2mu.. aku hanya ada tunggul dan akar yang hampir mati.. ujar si pokok epal dengan sayu..

'tidak mengapa wahai pokok yang mulia, aku dah tak perlukan semua itu...aku dah penat..sekarang aku cuma nak beristirehat..jawab lelaki tua itu perlahan..

'jika begitu, rehat dan bersandarlah di perduku.. tanpa membuang masa lelaki tua itu terus beristirehat di perdu si pokok epal...mereka menangis kegembiraan....

Sebenarnya pokok epal dalam cerita itu, menggambarkan ibu bapa kita.. masih kita kecil,muda kita selalu dengan mereka,bermain dengan mereka dan meluangkan masa bersama... namun semakin kita besar dan dewasa kita meninggalkan mereka dan hanya datang menemui mereka bila kita kesusahan dan memerlukan pertolongan...., namun begitu, walau apa yang kita lakukan, mereka tetap membantu kita, sedaya upaya memenuhi setiap kehendak dan keperluan kita.......betapa mulia ibu bapa kita.. jadi hargailah mereka selagi mereka ada..dan kirimkan doa jika mereka dah tak ada...

pssttt..erm..maaf lah yer..cerita ini aku ambil dari kisah2 teladan tapi aku olah menggunakan ayat aku sendiri.. motif kisah ni,, plsss hargai ibu bapa kita!!!





When life gives you a hundred reasons to cry, Show life that you have a thousand reasons to smile

Wednesday 4 January 2012

Adam dan playschool!

Hari ni 1st day adam masuk tadika..yeayy!!pejam celik pejam celik da sekolah da buah hati aku ni!walaupun playschool je pun!!malam semalam punyalah excited,semangat prepare beg dan baju..pagi2 bangun pun bukan main ceria lagi adam!! (pssttt..kalau nak tau mama dia yang tak lena tido..hiksssss)

oh ya!!aku masukan adam kat N.A.S.Y.R.A.H English Islamic Preschool amek branch yang dekat dengan rumah my mom ni!!.(last minute buat pemilihan tadika)..setakat ni tengok cam ok je tadika tu,teacher2 dia,dan cara pembelajaran yang mereka terangkan masa Induction day aritu.....cuma....tak berminat la dengan uniform dia...HAHAHA!!warna pink kotak2..alahaiii!!..( alaa..uniform je pun, apa ada hal...!) janji dia belajar and lain2 ok!!



sambung cite tadi..aku tunggu kurang 10 minit kat situ sementara pukul 8.30 (start sekolah)..masa aku nak balik,dia da pegang2 tangan aku...ooo..NO!!...da mula buat muka seposen dan sedih.. ALAMAK!..sebelum terjadi perkara2 yang tidak diingini, lebih baik aku angkat kaki dulu.. memanglah serba salah,sedih,dan macam2 lagi perasaan dalam hati ni..tapi untuk masa depan dia jugak.. dan yang penting nak ajar dia berdikari!!....ok!!setakat ni..sebab aku taktau pe yang jadi.....HAHAHA!!nanti aku update lagi.....hokeyyy!

semangat nak school!!peace!



 (ni gambar masa Induction day, tengok2 class)









When life gives you a hundred reasons to cry, Show life that you have a thousand reasons to smile

CopyRight © Segala Yang Tercatat di atas adalah Hak Milik diarinadiaa.blogspot.com