Seorang Ulamak berada di dalam sebuah kapal terbang untuk terbang ke sebuah negeri. Apabila tiba waktu solat,dia pun segera ke tandas untuk mengambil wudhuk. Oleh kerana tandas tersebut terlalu kecil,dia terpaksa membuka pintu tandas tersebut, semasa dia hendak mengangkat salah satu kakinya ke tangki (washing basin),seorang pramugari telah ternampak akan perbuatan ulamak tersebut lalu menegurnya
Pramugari : Tuan tidak boleh basuh kaki kat dalam tangki itu, sebab ia akan mengotorkan tangki. Itu tempat basuh muka, bukan basuh kaki (tegas pramugari itu)
Ulamak : (dengan suara lembut dan dengan penuh rasa rendah diri) berapa kali saudari mencuci muka dalam sehari, soal ulamak itu pula
Pramugari : (dengan nada angkuh) kebiasaannya sekali atau 2 kali...
Ulamak : Oh..saya mencuci kaki saya lima kali sehari,kadangkala lebih..bermakna kaki saya lebih bersih dari muka saudari (jawab ulamak bersahaja)
gambar sekadar hiasan
p/s renungkan bersama ye!!
sumber//razzyy.com

No comments:
Post a Comment