Friday 11 May 2012

Debar dan Gembira..Terima Kasih Allah..

Dah bersawang jugak le belog aku ni..tak tahu kenapa sejak kebelakangan ni rasa macam malas je nak hapdate belog..ehh..tapi bukan bermakna aku da tak nak berbelog ye,,cuma masa dan mood tak mengizinkan..'boleh cemtu....'

Tapi hari ni excited sebenarnya nak berkongsi rasa..sepatutnya nak post semalam semalamnye...ok2..makin merapu2 mukadimah aku ni.

Betul kan,, manusia hanya merancang..tapi kena ingat Allah merancang dan jugak menentukan..dan Allah la sebaik2 perancang..  Sejak Adam lahir,aku memang amek perancang dengan menggunakan suntikan..(3 bulan sekali).. 1st, sebab memang aku nak jarakkan kehamilan, sekurang2nya sampai adam berumur 4 atau 5 tahun. 2nd, aku belum ready sepenuhnya..(tak tau la nak bgtau mcm mana, ready dari segi apa ye..hehe).. tapi sejak kebelakangan ni, ramai kawan2 yang tanya bila nak tambah, dan ada jugak yang menakutkan aku walaupun sebenarnya ada betul fakta mereka, kalau amek perancang lama sgt, takut nanti dah stop merancang, susah nak dapat anak atau makan masa yang lama...fuhh!

Dan ditambah dengan permintaan yang sangat tinggi dari buah hati aku yang kecik sorang ni..konon2 nak jadi abang..alahai... 

Jadi dengan azam yang kuat, aku pun stop kan suntikkan tu pada last period febuari atau mac hari tu..lagipun aku rasa, tak mungkin akan sangkut, sebab aku pernah dengar orang cakap (ntah betul atau tak), kalau dah lama sangat amek perancang, bila dah stop, makan masa nak stabilkan hormon tu..jadi aku berkira2 paling tidak kalau ada rezeki yang kedua pun tahun depan...

Ok..ni aku tak nak berpanjang2 sangat.. sebenarnya dah beberapa hari aku lewat period,tapi itu tak menjadi masalah sebab sebelum ni pun adakalanya aku memang lambat datang period. cuma yang menjadi kan aku tertanya2, perut dah semakin krem, rasa dah ada tanda2 nak period, badan tak sedap, tapi period tak keluar2.. jadi aku mengambil keputusan, nak suka2 buat UPT (Urine Pregnancy Test)..haa..2 line...biar betul..sambil termangu2 dalam toilet.. masa tu tak ada perasaan apa..takut2 silap..terus aku gi klinik dan buat pemeriksaan yang sama.. Alhamdulillah..memang aku pregnant!, tapi kehamilan yang terlalu baru.....

Perasaan??memanglah terkejut,sebab tak menjangka terlalu awal.....tapi sebenarnya gembira la kan....dan orang yang terlalu gembira adalah 2 orang buah hati aku tu.. Apapun Ya Allah..Terima Kasih atas nikmat dan rezekiMu.

Bagi sesiapa nak check due date, boleh Klik Sini








When life gives you a hundred reasons to cry, Show life that you have a thousand reasons to smile

Wednesday 2 May 2012

Amalkan 10 Surah agar Menghalang 10 Ujian Besar

1- Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.
2- Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.
3- Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.
4- Surah Al-Waqiah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.
5- Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.
6- Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.
7- Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.
8- Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.
9- Surah Al-Falaq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.
10- Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was. 







Amalkan..InsyaAllah..



When life gives you a hundred reasons to cry, Show life that you have a thousand reasons to smile

Monday 9 April 2012

Perlu baca bagi Wanita yang hendak hamil!

Entri kali ni aku nak sangat berkongsi,apa yang perlu wanita tau sekiranya mereka merancang untuk hamil. Yelah,wanita atau isteri mana yang taknak anak kan. Aku teruja nak berkongsi ilmu ni sebab aku tau ramai kat luar sana yang dah berkahwin lama tapi masih belum dikurniakan cahaya mata. Sedihkan. Tapi jangan sesekali kita kata tak ada rezeki lagi..sebab semua manusia ada rezeki, cuma Allah nak menguji kesabaran hambaNya atau nak memberi rezeki lain dulu..  Dan sebagai manusia, janganlah mengharap rezeki anak tu datang tanpa berusaha kan..

Ok..ok..info ni aku pasti ramai yang dah mahir, tapi ada juga sebenarnya langsung tak tau..**ngaku cepat**Pertama sekali yang perlu kita tahu adalah tentang faktor kesuburan, iaitu hari bila kita subur sebenarnya..ehem..cehh..da macam gaya pakar sakit puan..**kembang hidung**danggg!

Kenapa perlu tau waktu subur..1st,sebab nak dapat anak dan 2nd, nak merancang. Ye!bagi yang nak merancang (elak) kehamilan pun kena amek tahu jugak..

Terdapat beberapa fasa di dalam kitaran haid. Kita perlu memahami fasa ini. Kira ini yang paling simple la ye.

Hari ke 1-4

Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation).Ketika ini darah haid keluar. Hari pertama period adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, ia perlu ditanda di kalendar dan tamat selepas berapa hari. Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan sekiranya kita ingin merancang untuk mengandung.

Hari ke 5-13

Ini dipanggil fasa follicular. Pada fasa ini, hormon estrogen meningkat. Ketika fasa follicular ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang. 

Hari ke-14 

Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telur ini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalu saluran falopio ke rahim. 

Hari ke15-28

Ini dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur dikeluarkan dari sarangnya, sejenis hormone dipanggil progestrone di rembes daripada sarangnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah progestrone semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka dinding ini akan runtuh sebagaimana runtuhnya tembok Berlin. kahkahkah..Proses akan mengalami kitaran semula pada hari 1. 


So..bila sebenarnya waktu subur..??? selepas kita tau kiraan waktu kitaran haid (period) kita, waktu yang sangat sesuai kita bersama dengan suami adalah waktu ovulasi berlaku. **sila check balik kat atas tu ye**

Untuk mendapatkan kesan yang lebih cepat..cehh..**gedik**korang boleh bersama setiap malam atau siang (kecuali bulan puasa la yangg oii) dan pada hari ke 11,12,13,14,15,16 period untuk mendapatkan waktu optimum hari kesuburan sekiranya period korang datang 28 hari.

Ha..itu yang merancang untuk hamil..bagi yang mengelak hamil, (ini untuk yang dah berkahwin ye), maksud aku,kalau tak mo anak rapat2, Sperma boleh bertahan selama 5-7 hari, so 5 hari sebelum atau selepas hari subur adalah waktu yang perlu dielakkan dari bersama suami isteri. Faham ke.. Itu bagi yang nak merancang sendiri la. 

Ok.Selesai bab nak kira kitaran haid dan waktu subur yang paling simple..**kalau tak faham,sila rujuk yang lebih arif ye**,pastu share kat sini.

Selain itu..Pemakanan juga mempengaruhi tahap kesuburan kita. Bukan saja yang merancang untuk hamil,tapi perlu bagi kita semua demi mendapatkan kesihatan yang baik.
Sebolehnya kita elakkan Minum coca cola, pepsi cola, minuman bergas,Makan junk food,Segala jeruk kering seperti asam boi dan jeruk basah,Makan makanan fast food seperti KFC, Mc Donald dan pizza (alahai..semua ni makanan feveret aku kecuali jeruk2 la)

Dan sebagai makanan tambahan, bagi suami dan isteri kita digalakkan mengambil asid folik dan spirulina. **rujuk kelebihan dan khasiat pengambilan asid folik, search kat Incik Google ye**

Ok.Rasa setakat ni yang aku nak berkongsi. Insyaallah jika kita berusaha, kita akan dapat hasilnya. Tapi jangan bersedih kalau kita dah berusaha tapi masih tak nampak hasilnya. Ingat,,bukan kita tak ada rezeki, rezeki tu ada..tapi Allah nak berikan yang lain dulu..Manusia merancang, Alah merancang, tapi Perancangan Allah lebih terbaik. Doa banyak2 ye..





p/s InsyaAllah next year dah boleh plan yang second..sabar ye abang adam!!!











When life gives you a hundred reasons to cry, Show life that you have a thousand reasons to smile

Saturday 7 April 2012

Sakit Mata!

Dah hampir beberapa minggu aku tak update belog..sebab beberapa perkara yang membuatkan aku tak sempat langsung nak meringankan jari jemari ni menekan huruf2 di keyboard..dan fikiran aku ni tak lapang nak mengolah ayat.. **tarik nafas**

Ok.Sebenarnya si kecik ni baru sembuh dari sakit mata. Dan menjaga orang yang sakit mata terutama bagi kanak-kanak adalah sangat mencabar dari segi minda dan emosi. Yelah kan..apa lah yang budak2 sebesar ni tau nak menahan sakit..yang diaorang tau adalah merengek dan terus merengek..tak kira siang pagi petang malam. 

Sebelum aku membebel panjang lebar lagi,aku nak berkongsi sikit apa yang kita perlu tahu tentang sakit mata atau dalam saintifiknya dikenali sebagai conjunctivitis, adalah radang pada selaput luar biji mata (eyeball). Penyebab utama sakit mata ini adalah kerana jangkitan virus dan kuman (bakteria). Sakit mata ini memang mudah berjangkit pada semua peringkat umur terutama pada kanak-kanak.

Macam mana kita nak tau mata kita telah dijangkiti. Pertama, bermula dari mata merah kemudian berjangkit sebelah mata lagi. Kedua, mata akan berasa gatal. Ketiga, mata akan berasa pedih, dan berpasir. Dan tanda lain mata boleh menjadi bengkak, dan berkeruping atau bertahi mata setiap kali bangun tidur.

Rutin harian aku bila start anak sakit mata, setiap pagi aku akan bersihkan mata dia dengan tisu basah. Dan kemudian aku titiskan ubat mata yang doktor bagi. Tapi hampir seminggu memang takde kesan atau perubahan apa-apa. Jadi aku ambi keputusan untuk bawak anak ke Klinik Homopati di PKNS Bandar Baru Bangi. Untuk Pengetahuan, dan baru aku tau sebenarnya bila kita sakit mata 'Antibiotik' adalah sangat tidak diperlukan. Ok.itu satu hal. Dalam masa anak mengambil ubat homopati, aku juga titikkan mata dia dengan susu ibu. Alhamdulillah, beberapa hari selepas tu, mata dia baik.

Tapi masalah tak selesai lagi....sebab bila anak dah baik..aku dan babah dia pula yang dapat sakit mata pulak..ohh tidakk!!ujian lagi..

Memang sakit mata, amat stress dan keadaan mood pun menjadi tidak berapa stabil. Masa aku tengah update belog ni pun dalam keadaan mata yang tidak berapa elok lagi.. 2 hari lepas dah terbang RM**** dekat pakar mata..errrrr


gambar hiasan (sakit mata merah)






p/s kena baik cepat sebelum nak ber holiday ni!!!!!



When life gives you a hundred reasons to cry, Show life that you have a thousand reasons to smile

Thursday 15 March 2012

Tolong Berprasangka Baik!

Kadang2 bila mengalami musibah, manusia sering tanpa sedar mengeluh dan berprasangka buruk pada Tuhan. Manusia menyangka Tuhan tidak adil, dan mengabaikannya. Susah untuk aku huraikan dengan lebih mendalam, sebab adakalanya 'manusia' yang dimaksudkan adalah diri kita sendiri. Itu fakta dan hakikat!! Berapa ramai manusia yang bila ditimpa ujian dan dugaan akan terus tersenyum dan berprasangka baik pada Allah.. Memang ada.. (kita termasuk dalam golongan tu ke, kalau ye,alhamdulillah)

Jadi untuk kita terus muhasabbah diri,,dan sebagai panduan untuk kita hadapi setiap langkah perjalanan hidup kita,aku tertarik dan nak berkongsi dengan satu tulisan seorang Penulis buku.,berkenaan dengan berprasangka baik adalah berbaloi. Ada seorang anak kecil yang sakit disuntik oleh doktor,lalu anak kecil ini menangis dan marah pada doktor tersebut kerana telah menyakitkannya dengan jarum. Padahal suntikan dan rasa sakit itu diperlukan untuk kesembuhan si anak. Untuk itu kita harus belajar berprasangka baik setiap kali kita peroleh musibah dan masalah. InsyaAllah disebalik apa yang menyakitkan itu ada kesembuhan dan kebaikkan bagi kita. (Syed Alwi Alatas)


Sekadar Renungan..,,Kenapa kita harus benci akan Masalah dan Kesusahan, Sedangkan ia tidak dapat dipisahkan dari kehidupan..Kenapa harus berputus asa saat mengalami Ujian dan Kepayahan hidup, Sedangkan Allah janjikan jalan keluar dan hikmahnya lebih banyak..Kenapa harus berkeluh kesah, Sedangkan apa jua Masalah yang datang ia akan berlalu jua akhirnya..






p/s nak kuat dan redha dengan setiap ujian dan dugaan. setiap yang berlaku ada hikmahnya!!






When life gives you a hundred reasons to cry, Show life that you have a thousand reasons to smile

Wednesday 14 March 2012

Memang Wajib Cemburu!

Terbaca satu artikel DR Haji Juanda (Perunding Undang2 Keluarga Islam), beliau mengatakan Cemburulah, agar cinta lebih ghairah!kenapa beliau berkata sedemikian..dan beliau juga mengatakan Wajib cemburu sebab nak memastikan agar cinta pasangan makin membara..bukan untuk bercinta saja,tetapi atau lebih2 lagi untuk yang dah berkahwin! 

Aku sangat setuju dangan hujahan beliau! tapi cemburu biarlah pada tempatnya kan. Jangan cemburu buta,cemburu tak bertempat, yelah, tengok kawan lelaki/peremuan atau suami/isteri berborak dengan kawan sekolah,sekerja dah tarik muncung panjang (boleh diikat2)..aihh..itu memang tak patutlah kan.

Tetapi zaman moden ni,zaman I.T ni,,manusia semakin bersikap terbuka,terlebih sporting konon, sampaikan suami/isteri (khususnya) beramah mesra dengan orang lain (berlawan jantina) mereka tidak ambil pusing. Mereka taknak dituduh **konon** ketingalan zaman! hoii!!kalau bini kau bertepuk tampar dengan jantan lain pun boleh je ke kau tengok tanpa ada perasaan apa2..kan tu dah boleh menyumbangkan sesuatu yang diluar batasan!!yang dah boleh menyalahi hukum agama.!
Sebab tu la pada pendapat aku, dalam berumahtangga khususnya memang kena cemburu. Cemburu tanda sayang.cuba kalau korang tak suka/sayang orang tu, kenapa perlu cemburu kan.. Itu satu hal..bila kita cemburukan pasangan, pasangan kita akan lebih berhati2 dengan setiap langkah dan perbuatan. (fahamkan)

Tapi yang kita lihat sekarang, ni fakta tau, perempuan lebih cenderung untuk cemburu berbanding dengan kaum lelaki..bukan lelaki tak cemburu sebenarnya, tapi mereka ego untuk menunjukkan perasaan cemburu tu.tapi kalau sekali mereka (lelaki) menghamburkan rasa cemburu tu, hamekk ko!!tergamam!!hehe..buktinya dari pengalaman aku sendiri, susah nak tengok suami aku cemburu,dia lebih banyak mendiamkan diri bila kadang2 aku sengaja bercerita tentang kisah aku dulu2...sehinggalah satu hari,secara berdepan,masa tengah borak2 mesra (cehhh), eh u tak pernah jeles kat i ke,, mula2 dia buat tak tahu je, lepas tu aku tanya lagi, last2 dia luahkan jugak, sape kata tak cemburu,kdg2 macam bernanah, tapi babah leh control lagi asalkan tak lebih batas.. haa!!!tu dia...(luahan hati seorang suami tau) so sekarang dah terbukti lelaki memang cemburu,cuma mereka lebih pandai mengawal emosi dan control hensem berbanding perempuan...dan kita sebagai isteri atau girlfriend mereka,jangan nak uji sangat tahap kecemburuan tu,takut lain jadinya...lalalala~

Cemburu bukan saja dalam sesuatu perhubungan/percintaan tapi cemburu sebab kita nak berjaya macam orang lain pun sangat patut tau! cemburu melihat kejayaan orang lain boleh jadikan motivasi untuk kita terus berusaha ke arah itu. Jangan pulak tengok orang tu pandai/cantik dari kita, disebabkan cemburu yang melampau2 kita berniat untuk menjatuhkan dia..aihh..tu dah kes naya.Tak baik.

Kalau nak cerita atau berhujah pasal cemburu, sampai esok pun aku takkan habis menaip. Jadi sama2 la kita memahami maksud cemburu tu..memang dan harus kita cemburu tapi biarlah berpada dan kena pada tempatnya..



sumber gambar : GOOGLE




When life gives you a hundred reasons to cry, Show life that you have a thousand reasons to smile

Friday 9 March 2012

Lepas tension!

Kadang2 kita kena ada masa sikit untuk diri dan kawan2 kan..tapi masa yang boleh aku pergi pun time lunch waktu kerja,sebab bila dah sampai rumah,automatik masa aku memang khas untuk family..tak sanggup nak tinggalkan si kecik dan incik suami semata2 untuk bersosial pulak ye..so macam biasa la,kalau hari jumaat,selalu jugak la aku meluangkan masa dengan my bff's (member2 sekolah) biasanya kami pergi makan,borak2 sampai la waktu lunch habis...tapi hari ni atas cadangan seorang member,kami buat hal dekat karaoke..(hamekk ko!!ari jumaat kami lepas tension keje kat situ)

serius!!memang enjoy abis,lebih2 lagi kami dari sekolah,sekelas memang satu kepala..dan ini la masanya untuk kami menjerit puas2,melepaskan segala tekanan dan bebanan yang ada..rasa macam anak2 dara yang single2 lagi,padahal masing2 anak da besar2..!! suara??itu belakang cerita hokeyy...







aihh..nak ikutkan 2 jam memang tak cukup..korangg!!next time hokeyyy!! cuma...untuk plan yang seterusnya nak minta aircond dikurangkan tahap kesejukkannya ye..sebab faktor suara kurang sedap atau pitching lari memang aircond punya pasal,sejuk sangat...(boleh cemtu...haha!)







When life gives you a hundred reasons to cry, Show life that you have a thousand reasons to smile

Wednesday 29 February 2012

Suka School

Masuk hari ni dah hampir 2 bulan adam bersekolah..Dan Alhamdulillah sehingga ke hari ni adam cukup bersemangat untuk ke sekolah..(harap sampai bila2 la kan).Yelah, bila kenangkan masa 1st day, dengan dia mempamerkan  muka cuak,sampai aku berdebar2 memikirkan hari2 seterusnya..,terfikir macam mana la esok hari ni kalau dia mogok!aihh..macam ni rasanya parents kan,lebih2 lagi perasaan seorang ibu bila anaknya akan memulakan atau memasuki alam persekolahan.. (tadika je tu,belum darjah satu lagi)

Ok..itu semua masa mula start sekolah. sekarang,time dia demam pun masih merengek2 nak pergi sekolah,,tapi sebagai mama yang sangat prihatin,cehh..aku berkeras juga tidak membenarkan dia ke sekolah..dengan pelbagai pujukan dan alasan...Apapun sekarang,walaupun baru nak masuk 2 bulan,aku nak bagi credit dekat teacher2 kat situ sebab berjaya menarik minat anak aku ni. Dan sebenarnya pujian jugak untuk si kecik tersayang sebab rajin sangat pergi school,hokeyy..!

Walaupun baru 2 bulan adam bersekolah, he's more independent now..! banyak perkara dia dah boleh melakukan dengan sempurna..makan minum..mandi.and now dah tak payah pakai pampers lagi ok..sebelum sekolah,memang perkara2 asas ni dia boleh buat tapi kucar kacir sikitlah kan..

Sekarang,waktu malam, aku dan adam makin banyak point untuk berborak dan bercerita..memang petah dan tak berhenti2 dia cerita apa yang dia buat dekat sekolah. Walaupun penat,tapi aku tak jemu nak dengar semua tu.

So now,aku berharap sangat dia akan terus belajar rajin2,,bukan setakat belajar kenal huruf dan nombor tapi belajar berdikari dan bersosial dengan baik...

boleh Klik Sini yang nak imbas masa adam mula2 masuk school!








p/s playscool (4years) tak berat sangat yang di ajar..so rasanya tak ada istilah boring kot untuk anak2..InsyaAllah.



When life gives you a hundred reasons to cry, Show life that you have a thousand reasons to smile

Tuesday 21 February 2012

Percutian singkat di Genting Highlands!

Dah beberapa hari jugak aku tak update belog, atas alasan kerja yang terlalu sebok **macam bos** dan kalau lah badan ni boleh berkata2,,memang dia da meraung dah..uittt..tu baru aku,belum incik suami yang sebenarnya lagi penat mengadap kereta2 customer di workshop..**separuh mati woo**.. Jadi untuk menghilang kan stress dan kepenatan,kami plan satu percutian singkat yang ala2 mencabar,ok.. alaa..genting je pun..tapi kali ni kami pergi 2 family.. Percutian singkat ala2 mencabar ni pun dalam masa yang sama nak luangkan masa untuk adam..(sangat excited ok bawak dia,sebab last kami pergi pun masa dia setahun lebih)

baru sampai









keletah adam & mya










memeriahkan!! **terserempak ke**










serius!percutian singkat yang mencabar..!!bukan untuk aku mencabar tu ye!**sila jangan salah faham**sebab aku seorang yang sangat gayat+penakut **ngaku tau** tapi untuk incik suami yang sangat semangat naik sampai berulang kali!!wooo! (tahniah tuk adik2 ipar aku yang berani mencuba,haha!)

ok!!rasanya setakat ni je yang mampu aku nak share..!!haha!!tunggu percutian seterusnya..(lambat lagi kot) so now,memulakan rutian harian seperti biasa..kerja..kerja..lalalalalala!!...opsss..adam kena school!!!


When life gives you a hundred reasons to cry, Show life that you have a thousand reasons to smile

Wednesday 15 February 2012

Kenapa aku ber belog!!

Hari ni dah dua bulan lebih aku terjun dalam dunia belog..tapi baru hari ni aku nak kongsi entri kenapa aku ber belog (ejaan betul belog adalah blog, hokey..)..Masa mula2 aku buat belog,dah ada org (sekeliling dan terdekat) dah bercakap,yelah semangat sangat la tu,aku bet ngan ko lah,sebulan dua je ko nak ber belog ni...haa..tu la adik aku,sukahati dia je cakap macam tu kan..ingat aku macam dia ke..hangat2 taik kambing..cett! Alhamdulillah,sampai ke hari ni,aku masih gigih untuk mengepos,meng hapdet entri2 (cerita dan memori usang) aku nih!

ok2!!berbalik pada cerita,kenapa aku nak ber belog..nak ada nama??hak eleh..ingat artis ke..bukan!!tak terfikir atau terdetik sikit pun kat hati ye...aku ber belog pertama sekali nak berkongsi luahan hati,nak berkongsi cerita aku sebagai seorang anak,isteri,ibu.....dan seorang insan yang hirup udara atas muka bumi Allah ni...dulu2,10tahun.15tahun yang lepas bolehlah tulis dan luahkan dalam diari..(memang aku kaki diari tau!!banyak diari aku dah..)tapi zaman dah berubah,tak mainlah diari2 kertas ni kan....**berlagak** takkan nak pas2 diari tu dari satu tangan ke tangan semata2 kalau nak berkongsi cerita kan, **naya rabak diari tu bila sampai balik kat tangan aku**..kan..jadi...buat diari kat sini adalah yang terbaik..(bagi aku ye) Sekurang2nya aku boleh berkongsi..dan bila ada orang yang membaca cerita dan luahan hati aku ni, sekiranya mereka jadikan iktibar dan pedoman, InsyaAllah aku akan dapat hasilnya di sana...tapi aku kena pastikan semua entri aku ni berguna..dan bukan membawa padah pada diri aku sendiri..InsyaAllah. Opss!!tapi bukan semua cerita la boleh berkongsi, kita kena simpan sikit sebagai rahsia hidup kita sendiri..

Belog aku ni selain cerita tentang kehidupan dan perjalanan aku dengan insan2 terpilih **cehh**, aku juga akan berkongsi kisah2 yang berlaku di sekeliling aku samada suka atau duka..dan aku turut selitkan kata-kata motivasi,kata-lata hikmah,untuk di jadikan panduan kita bersama..dan....sikit lawak untuk segarkan biji mata kita bersama ye..bagi muka sentiasa senyum bila masuk belog aku ni..hehe!

Ok!rasanya setakat ni aku nak berkongsi,kenapa aku ber belog..

Yang baik datang dari Allah..Yang buruk,lemah,ntah apa2 ntah,dari diri aku sendiri..Mintak diperbetulkan,ditegur sekiranya ada kesilapan..boleh kritik tapi biarlah secara berhemah..






p/s apa2 yang kita nak cakap, kena hati2 ye,sbb kena ingat setiap kata2 walaupun sedikit tapi menyakitkan akan meninggalkan kesan yang terlalu dalam..dats y orang cakap, Sometimes the littlest things in life are the hardest to take!

p/ss u can sit on a mountain more comfortably than on a tack,, ehh,,mestilah kan..dok kat gunung yang besar lagi selesa dari dok atas paku yang kecik! *ada kena mengena tak**

When life gives you a hundred reasons to cry, Show life that you have a thousand reasons to smile

Apa Guna..!

Nak berkongsi sedikit peringatan dan kata-kata untuk renungan bersama..

APA GUNA JADI LELAKI KACAK..
Kalau baca Al Quran pun Merangkak-rangkak

APA GUNA JADI PEREMPUAN CANTIK
Kalau dah 12tengahari pun tak Celik-celik

APA GUNA UMUR BESAR PANJANG
Kalau Asas Fardhu Ain pun Lintang-pukang

APA GUNA ALLAH BAGI HIDAYAH
Kalau nak Solat sikit punya Payah

APA GUNA JADI MANUSIA
Kalau umur Allah bagi hanya di Sia-sia


(Share dari FB)





So..macam mana tu ye...kita kelompok yang mana..erm..tak de??Alhamdulillah..Tapi tak salah kita sama2 muhasabbah diri.....Tepuk dada tanya Iman di hati...



When life gives you a hundred reasons to cry, Show life that you have a thousand reasons to smile

Saturday 11 February 2012

Secebis Ingatan

Semua Penulis akan Meninggal..
Hanya Karya nyalah yang akan abadi sepanjang masa..
Maka..tulislah sesuatu yang akan membahagiakanmu di akhirat sana.. (Ali Bin Abi Thalib)







Semoga kita dapat berkongsi sama2 pahit manis kehidupan....Semoga perjalanan hidup kita dapat dijadikan iktibar,pedoman bersama.

Yang baik datang dari Allah..Yang buruk/lemah datang dari diri kita sendiri..


When life gives you a hundred reasons to cry, Show life that you have a thousand reasons to smile

Thursday 9 February 2012

(Lawak) Tak ada OTAK!!

Seorang pelajar yang aktif berlumba haram telah mendapat kemalangan. Kemalangan ngeri itu telah menyebabkan kepala pelajar itu tertusuk sebatang besi. Menurut doktor yang merawat pelajar itu, sekiranya besi itu tidak mengenai otak, pelajar itu ada harapan untuk diselamatkan. Mendengar penjelasan doktor itu, bapa pelajar tersebut dengan penuh berkeyakinan menjawab, "Dia akan selamat, sebab saya yakin besi itu tidak akan kena otak anak saya. Doktor yang kagum dengan keyakinan si bapa terus bertanya, "Bagaimana pakcik yakin,sehingga perkataan InsyaAllah pun pakcik tidak sebut?. Sampuk si bapa, "Masakan besi itu boleh terkena pada otaknya, sedangkan dia TAK ADA OTAK, kalau dia ada otak, dia tak akan buat kerga gila dan bahaya ni. Terdiam doktor.


Pengajaran: Buat sesuatu perkara, gunalah otak, dan berfikir secara waras!!







When life gives you a hundred reasons to cry, Show life that you have a thousand reasons to smile

What U Give, U Get Back!!

Baru habis baca satu buku hasil Penulisan Hasrizal Abd Jamil(Abu Saif),dalam banyak2 tajuk penulisan tu,ada satu kata2 yang memang menyentuh hati,terkedu sekejap hati bila beliau mengatakan Anak derhaka pada Akhir Zaman bermula dengan dosa Ibu Bapa yang sibuk bekerja. Allah. Oh tidakkkk!!aku taknak berada dalam kelompok golongan yang dimaksudkan tu.. **kesat2 peluh**

Betul ke kenyataan ni..atau pandangan penulis semata2 je..terus aku muhasabbah diri,renungkan balik  tentang aku dan suami yang hari2 bekerja..bekerja dan terus bekerja..fikirkan kan jugak adam..masa yang terluang untuk dia selama ni..**tarik nafas lagi..lepas..** Alhamdulillah..! Ye!!Memang kami berdua bekerja,tapi setakat ni kami tak pernah abaikan adam..kalau babah dia sibuk bekerja sampai lewat malam sekalipun,tapi adam masih ada mama yang tak pernah berenggang dengan dia hatta sesaat pun Kecuali bekerja..(setakat ni lah yang aku tau,aku tak pernah tinggalkan dia semata2 untuk beriadah,bersosial dengan kawan2..percaya tak..serius ni!!) camtu sekali tau..!

Balik kerja..bila semua tanggungjawab dan kerja aku selesai,aku akan pastikan aku akan luangkan masa dengan adam..walaupun hanya beberapa jam sebelum dia tidur..aku taknak biarkan masa dia terbiar tanpa perhatian dari aku atau babah dia. Ye!!memang aku baru tulis dalam satu entri semalam, yang mengatakan aku nak belajar kawal emosi,di mana rasa kepenatan bekerja yang terbawak2 sampai ke rumah sampai tempias nya kena pada adam..(aku sedang belajar,ok!) Tapi tu bukan masalah utama dari aku memberi perhatian untuk anak aku yang sorang ni.

Ok!!berbalik cerita tadi..memang risau kan bila kenangkan anak,mampu ke kita sebagai ibu bapa nak bagi yang terbaik untuk mereka..dan sampai sekarang aku masih muhasabbah diri,takut ada yang terlepas pandang kan,lebih2 lagi bila renung sabda Nabi s.a.w betapa tanda kiamat itu apabila seorang ibu melahirkan tuannya..aihh..pernah tak kita ni terfikir,kenapa,bagaimana boleh jadi macam tu sekali..seorang ibu lahirkan tuannya????(ada tak jawapan?) At last..aku akui kebenaran kata2 penulis buku yang aku baca tu..Anak derhaka memang bermula dengan dosa ibu bapa yang sibuk bekerja..What U Give..U Get Back!!

Susah nak dihuraikan sebenarnya..tapi sama2lah kita muhasabbah diri kita..Aku pun akan sentiasa ingatkan diri aku,suami aku,takkan sesekali terlepas pandang atau biarkan adam meniti hari2 kehidupannya tanpa kami..Moga Allah permudahkan semuanya.


sekadar gambar hiasan



p/s terindu pulakk kat adam!!




When life gives you a hundred reasons to cry, Show life that you have a thousand reasons to smile

Wednesday 8 February 2012

Belajar Kawal Emosi

Aku akui kadang2 bebanan di tempat kerja,keletihan boleh terbawa2 sampai ke rumah kalau kita tak belajar mengawalnya..Mcm tu jugak yang aku sedang lalui sejak kebelakangan ni...yang menjadi mangsa si kecik tu..Apa lah yang anak kecil yang baru berusia 4 tahun (belum cukup pun) tahu  atau faham tentang keletihan dan kerunsingan seorang ibu,mereka cuma tahu, mama dia balik, dia nak kan perhatian dari mamanya..tapi kdg2 bila hilang pertimbangan,si kecik juga kena tempias kemarahan,dan keletihan tu...Allah..Kesian nya..Tapi bila kat tempat kerja,time si kecik jauh dari mata, dia juga yang aku rindu...dia juga yang berlegar2 di ruang hati....

Macam semalam,dahlah penat sangat balik kerja,masa aku tengah sebok2 bukak laptop nak topup credit dekat maybank2u,dengan keadaan line internet yang terhegeh2,boleh pulak si kecik ni tertumpahkan susu dan susu terpercik kat latop..aihh!!memang panas hati..aku terus marah dan menjentik tangan dia..dia tak menangis,tapi muka terkebil2 mintak simpati..Allah..terus aku tersedar dari marah..padahal benda remeh sangat kan..(tak rosak pun laptop tu) tapi tu la,,bila kepenatan dan stress terbawak2 sampai kat rumah,ni lah jadinya..

Nama pun budak kan..memang takde sifat dendam,lebih2 lagi pada ibunya..sekejap je rajuknya..(tu pun kalau dia merajuk la)hehe..Tapi Adam memang anak yang sangat baik dan memahami,walaupun kdg2 dia melasak tak tentu hala..aihhh...!(pernah satu ketika tu,aku termenangis depan dia,dia yang lapkan airmata tau)**serius terharu**

Jadi sekarang ni,aku memang sedang belajar mengawal kemarahan, mengawal emosi..(walaupun aku akui,aku memang jenis marah tak lama) tapi aku taknak sikap panas baran aku ni (kategori panas baran la kan) menjerut diri..dan menjejaskan emosi anak...sebab anak adalah cermin peribadi kita..Cuma aku masih boleh berbangga sikitlah dengan diri aku sendiri,walaupun kadang2 kemarahan menguasai diri tanpa sedar atau tak,tapi setiap hari aku tak pernah tak mencium,mengusap pipi atau kepala adam..perbuatan tu memang aku kerap buat..sebab aku nak dia tau sesebok mana aku dan babah dia bekerja,aku sayangkan dia lebih dari segala yang aku ada..

Sebab sebagai parents kita kena tahu,kasih sayang bukan dari perkataan,atau ungkapan i love u,mama sayang kamu,semata2 tapi kasih sayang tu dari perbuatan..

Jadi pada aku kita WAJIB buat, sentiasa peluk,cium dan usap kepala dia setiap hari dan setiap malam dia nak tidur..sbb tu dah melambangkan kasih sayang kita kan..dan dia turut melakukan perkara yang sama.Bila kita lakukan semua tu,automatik satu perasaan halus menjalar antara ibu dan anak..tak dapat diungkapkan dengan kata2!!Cuma yelah kan..kita sebagai manusia,kadang2 terlepas jugak melakukan kesilapan,kesilapan aku sekarang,kadang2 gagal kawal emosi marahkan si kecik yang lasak..lebih2 lagi time penat..






p/s nak belajar kawal emosi!!!!!


sayangg adam!!






When life gives you a hundred reasons to cry, Show life that you have a thousand reasons to smile

(Lawak) Pesanan Isteri VS Takut Isteri!

Ada sekumpulan suami yang terlalu takutkan isteri masing2 telah berjumpa dengan Pakar Motivasi terkenal untuk menyelesaikan masalah mereka itu. Dalam Majlis Perkenalan (ta'aruf) Pakar Motivasi itu berkata, "Ok,siapa yang takutkan isteri sila duduk di sebelah kanan bilik kursus." Semua peserta terus bergerak ke sebelah kanan seperti yang diarahkan kecuali seorang je lelaki. Pakar motivasi itu terus berkata kepada lelaki yang tidak berganjak dari tempat duduknya, "Tuan mungkin telah memasuki  bilik kursus yang salah. Bilik ini khusus untuk peserta yang takutkan isteri. "Saya memang telah masuk ke bilik yang betul, jawab lelaki itu ", "Jadi kenapa tuan tidak berpindah ke sebelah kanan seperti yang telah saya pinta? tanya pakar motivasi itu lagi". Jawan lelaki itu, "Isteri saya telah berpesan kalau duduk dalam sesuatu majlis,jangan sama sekali tukar tempat".






Pengajaran : Takutkan Orang biarlah berpada!! Hehe..












Sumber Asal : Ghafarullahhuddin Hj Din

When life gives you a hundred reasons to cry, Show life that you have a thousand reasons to smile

Monday 6 February 2012

Program Maulidur Rasul

Alhamdulillah..semalam dapat sama2 menjayakan sambutan Maulidur Rasul, di Pantai Dalam bersama student2 Abi..Diantara Aktiviti yang kami buat, tazkirah dari abi sendiri,berselawat,jamuan makan,dan menziarah kubur.. Tujuan Sambutan ni adalah semata2 untuk memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w, mengimbas kembali perjuangan beliau dalam suka duka memperjuangkan agama Allah. Walaupun sambutan yang terlalu sederhana,tapi cukup meninggalkan kesan di hati kami semua.

Rasulullah dalam mengenangmu..
Kami susuli lembaran sirahmu..
Pahit Getir Perjuanganmu
Membawa cahaya kebenaran..

Engkau taburkan Pengorbananmu..
Untuk umatmu yang tercinta..
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya..

Haa..kan dah nyanyi..!!menghayati lirik ni pun cukup menyentuh perasaan kan.. berbalik pada cerita aku tadi, kalau kita semua tahu, banyak sangat kelebihan dan pahala sekiranya kita sama2 menyambut maulud nabi ni. Mudah2an apa yang kita lakukan diberkati Allah..

Ni ada sikit gambar yang aku nak kongsi semasa program tu..tapi ada banyak part yang tak sempat aku nak amek..hehe..nak citer panjang2 takut boring,so cuci mata je la tengok gambar2 ni..








orang kuat setiap kali abi dan umi buat program..tak meriah takde bucuk2 ni..!

sempat posing lagi la makngah dan mak yang adam ni!!!


aktiviti akhir,menziarah kubur..


otw balik adam da out..haha!!













When life gives you a hundred reasons to cry, Show life that you have a thousand reasons to smile

Saturday 4 February 2012

Part 1 - Kenangan

Kalaulah waktu dapat diundur,confirm2 aku orang yang pertama la kot yang akan undurkan waktu..tapi nak pilih waktu la..yang mana paling best,,hehe..boleh pulak camtu ek! (pinjam mesin waktu kat doraemon,boleh..**boleh blah**).. rasanya bukan aku sorang yang harapkan macam ni kan..yelah,mesti ada yang nak balik zaman sekolah, tak mo ponteng2  dah,nak blaja sungguh2..ye kan!macam2 yang kita nak ubah,seandainya waktu itu dapat diundur. **serius**

Macam aku, dalam pale otak ni..fuhh!!banyak sangat..**tapi tak larat la nak kongsi semua dengan orang** tak cukup ruang nak taip nanti..yang boleh aku bgtau, aku memang rindukan sangat waktu dulu...waktu yang terlalu beza dengan zaman sekarang!!..budak zaman sekarang agak canggih, ada handphone..terlalu mudah untuk calling2 orang..ada fesbuk,twitter...tapi dulu,,15 tahun yang lalu, (masa tu aku 14 tahun)..nak call orang, terkejar2 gi public phone,tercarik2 duit syiling....hujan panas petir kilat,kalau da kemaruk nak call,redah jugak..mencabar tak..hehe.. tu baru cerita bab phone..bukan takde telefon kat rumah, tapi kalau gayut (cakap lama2 la) takut parents membebel kan..kan..aihhh...

sekarang kalau nak pergi mana, fuhh,paling senang, majoriti semua ada lesen,ada kereta sdri, (walaupun makbapak punya) tak payah susah2 tunggu bas,tunggu komuter,..jalan terkedek2 gi kat bus stop / taxi stand..kesat2 peluh tunggu bas...susah2 sangat boleh mintak je mintak tolong parents hantar, tapi tu kena bersoal jawablaa kan..hehe..kadang2 nak gi kedai sekangkang anak kera pun,kena start kereta..tapi masa aku dulu,,kalau tak nak naik basikal,berlumba2 ikat kasut roller blade..sampai semput2 mendaki bukit, (masa tu aku dok dekat bukit damansara) serius..memang seronok! mencabar kan dulu..tapi tu la yang akan jadi kenangan sampai bila2..

ish..bila cerita semua ni balik,makin membuak2 rasa rindu.. **tarik nafas....lepas**

kawan2 dulu pun mencabar..semua lalui susah senang bersama..ko susah kami pun susah.. sekarang, ko susah..susah la ye!!ko senang,calling2 aku..!cettt! (tapi tak semua la camtu)..sekarang pun ada je kawan yang baik. **ambik hati**

tapi semua tu dah berlalu..zaman dah melalui perubahan yang ketara..mana tak nya,,dalam masa 15 tahun, fuhh!!tempat aku jatuh tergolek naik basikal pun aku dah tak cam..alaa,sekarang tempat yang tak pergi berapa bulan je pun,boleh buat kita konfiuss....

tu lah,kalau cerita kenangan dulu memang takkan habis..kehidupan yang penuh dengan suka duka..keindahan..kesedihan..! tapi bukan ke kalau fikir balik, kehidupan sekarang yang sedang kita lalui ni akan lebih bermakna dan akan jadi kerinduan jugak di masa 10 tahun akan datang nanti...semua tangga kehidupan yang kita titi sebenarnya adalah  terlalu bermakna..jadi aku nak hargai setiap detik tu, lebih2 lagi dengan orang yang kita sayang..**selagi mereka masih ada**


ok2..kalau ada kesempatan lagi, aku akan sambung cerita lagi.. takde idea kot..hehe


sekadar gambar hiasan






p/s mana kawan2 dulu yag menghilang..rinduu sangat kat korang!!!!!!!!!!!!




When life gives you a hundred reasons to cry, Show life that you have a thousand reasons to smile

Monday 30 January 2012

Terasa Kerdil tengok Hafalan Shalat Delisa!

Mungkin ada yang dah tengok cerita Hafalan Shalat Delisa (Astro 1st), yang belum tengok tu aku rasa perlu dan galakkan sangat korang tengok. Cerita ni mengisahkan seorang gadis kecil yang sangat ceria,yang dah kudung kaki kanan serta  kehilangan ibu dan adik beradiknya dalam tragedi tsunami yang berlaku di Acheh..dan dia terus menjalani kehidupan  dengan bapanya dengan tabah.

Rasanya tak perlu aku ulas lebih panjang, yang aku tau cerita ni memang meninggalkan kesan yang terlalu mendalam..,,mengajar kita lebih kuat menghadapi segala ujian.. mengajar kita erti kasih sayang,keikhlasan, dan yang penting tujuan hidup kita semua adalah kerana Allah Taala.

Ya Allah..terasa kerdil hambaMu ini..

Semoga aku sekuat dan setabah Delisa dan mereka2 yang tabah mengharungi ujianMu. Dan Semoga anakku menjadi anak yang baik dan ikhlas.




p/s menitis airmata tengok cerita ni...

When life gives you a hundred reasons to cry, Show life that you have a thousand reasons to smile

CopyRight © Segala Yang Tercatat di atas adalah Hak Milik diarinadiaa.blogspot.com