Saturday 28 January 2012

Hanya 3 Tahun 2 Bulan

Apa yang hanya 3 tahun 2 bulan tu...ha..ni nak share sikit pengalaman aku breastfeed kan si bambam tu (dulu la bambam nya) sekarang..mak aihh..da slim cam mama dia..sebab terlalu la lasak!!..eh..eh..lupa pulak ramai yang bloggers/followers ni muda belia remaja..tapi takpe..ilmu gak tu...korang pun akan melalui pengalaman berharga ni kan..berkahwin..mengandung..bercucu..bercicit..  

ok2..sambung cerita.. Alhamdulillah walaupun pelbagai rintangan (biasalah tu) akhirnya aku berjaya full breastfeeding sampai Adam berumur 2 tahun, (tanpa campur susu lain) dan terus bersambung (tapi da campur susu formula lain gak la) sehinggalah umur dia 3 tahun 2 bulan!....uii..lama gak kan tu,walaupun ramai kat luar sana tu ada yang sampai 4 5tahun..aihh..**tu da bosar gajah** 

oleh disebabkan Adam da besar, pelbagai usaha dan cara aku nak stopkan dia dari menyusu, eh bukan senang tau..tapi last baru jumpa ubat..jeng!!jeng!!jeng!! G.A.R.A.M!! haa..hamekk!! alololo!!siannya anak mama.. memang mula2 rasa sedih sangatttt,tapi atas dorongan keluarga termasuk incik suami,aku kuatkan hati jugak! so sekarang da 3 bulan dia da menyusu sepenuhnya dengan susu tepung bahasa kasarnya susu lembu..hikssss..

kebaikkan dan kelebihan susu ibu..rasanya tak perlu la aku ulas lebih panjang kat sini, rasanya semua orang da tau..cuma yang pastinya yang aku nak tekankan sangat, boleh merapatkan kasih sayang antara ibu dan anak..sangatt!!

Ingatlah pada hari (ketika) kamu melihat kegoncangan, lalailah semua wanita yang menyusukan anaknya dari anak yang disusukannya (Surah Al Haj Ayat 2)

**Apabila telah lahir anak lalu disusui maka bagi ibu itu setiap satu tegukkan daripada susunya diberi satu kebajikan** Allahuakbar.

Tapi kena ingat bukan semua dapat menyusukan anaknya..tapi takpe, Allah rancang yang terbaik untuk kita.. Semua Ibu tetap yang terhebat..!


sekadar gambar hiasan







When life gives you a hundred reasons to cry, Show life that you have a thousand reasons to smile

No comments:

CopyRight © Segala Yang Tercatat di atas adalah Hak Milik diarinadiaa.blogspot.com