Friday 30 December 2011

Ulasan ikhlas tentang dhia

da abis cerita Tentang Dhia! salah satu drama melayu yg agak ok,dan best bg pandangan aku dan slot cerita yang tak membosankan..(cehh..macam pengulas filem..wakakaka!!) bila abis je drama tu, bukak FB, wahh!!ramai rupanya member2 pengulas filem, ni diantara komen atau ulasan2 yang aku baca,,

"ish!tak best betullah ending ni, "patutnya mak mertua dia yang mati" "eh!nape tak tunjuk mak mertua dia tu,.. laa,camni je.." "bestnya dapat mati sama2" geramnya!rasa nak santau je mak si zikir ni" "ish,zikir ni bodohlah"

KahKahKah!! macam2 kan komen korang ni.. !! banyak lagi komen korang ni,tapi aku malas nak taip..nak tergelak pun ada,aku pun ada pandangan tersendiri (walaupun tak seberapa nak baik macam pandangan orang lain,kan..kan..)

pada aku, cerita ni sebenarnya banyak sangat pengajaran dan pedoman bagi kita semua,tu kalau kita ambik iktibar laa yangg oii! pssttt..nak tambah sikit,,yang membuat lagi best kan,pelakon2 dia yg mantap!!hehe...

ok..berbalik pada pandangan aku tentang cerita ni.. dhia, memang perempuan yang hebat, wanita solehah, taat pada suami dan agama..dan terlalu tabah hadapi semua dugaan, lepas satu,satu..(Allah..mampukah aku atau kita jadi perempuan sehebat dhia..) zikir tak bodoh sebenarnya..dia suami dan anak yang terlalu baik.. dia sabar dan tak pernah mengambil kesempatan pada isterinya walaupun dah bertahun kahwin tak dapat anak..(tapi kalau tengok pada realiti kehidupan,ada sesetengah kaum lelaki ni nak kahwin lain,sebab utama tak de anak, KONON!! cett!!)...tapi tak semua kan, aku cakap segelintir!! cuma zikir bertambah jadi macam tu..sebab hasutan demi hasutan dan fitnah dari ibu kandung dia sendiri..(antara percaya atau tak) zikir dalam dilema..sebab tu la kan islam menekankan,dosa fitnah lebih berat dari dosa membunuh..boleh jadi macam ni lah..rumahtangga huru hara..dan banyak lagi..

lagipun tak boleh salahkan zikir, mak dia sendiri dah 'manderem' kan anak dia..dan satu lagi aku nak tekankan, jauhkanlah dari benda2 yang syirik..bomoh dan sebagainya..mungkin lepas kat dunia, (macam mak zikir tu)takde hukuman apa2 kan..tapi dekat akhirat,


Firman Allah yang bermaksud: "Bahawasanya sesiapa yang menyekutukan Allah dengan sesuatu yang lain Maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya Syurga dan tempat kembalinya ialah Neraka (Surah Al Maidah ,Ayat 72)

walaupun zikir dah tau mak dia macam tu, tapi zikir anak yang baik, sekalipun dia tak pernah tinggikan suara pada ibu dia..dia ambil alternatif lain untuk berbaik dengan dhia..kan..

lupakan kejap pasal si dhia dan zikir, banyak2 watak tu aku suka gak kat si rafi ni..setianya dia pada dhia,,dari kecik perasaan dia kat dhia tak pernah berubah.. best jugak jadi dhia ni..HAHAHAHA!!gedikssss**

oklah..setakat ni pandangan aku tentang dhia..watak2 lain tak perlu la aku ulas.. pada aku ending cerita menyentuh hati sangat.. bila kita cintakan Allah lebih dari segalanya, Allah akan berikan yang terbaik untuk kita.. (yang terharu nya, zikir ajar isterinya mengucap, dalam masa yang sama rupanya dia juga mengucap untuk kali terakhir)................

**untuk pengetahuan korang, ni 1st cerita yang aku tetiba tergerak hati nak buat ulasan..lalalalalala~**

choopppp!!!!jom layan lagu tentang dhia ni...





kalau ulasan aku ni tak berkenan di hati korang, abaikan la yer..**Sekian** Terima Kasih** 







When life gives you a hundred reasons to cry, Show life that you have a thousand reasons to smile

Wednesday 28 December 2011

Jantina Laptop!

wahh!!laptop pun ada jantina ek!!kehkehkeh...tadi aku jalan2 kat satu belog ni http://ciktom.com nak share sikit ni.. cik belog tu ajar macam mana nak tau jantina laptop kita..try punya try,,jeng..jeng..jeng..laptop aku ni girl (patutla laptop ni slalu malu2...IYERLAH TU!)meh sini kalau nak cuba...

Buka NOTEPAD dan copy paste ayat di bawah dlm notepad tu
CreateObject("SAPI.SpVoice").Speak"I love YOU"
Pastu tekan 'save'..Ubah le 'save as type' kepada 'All Files'..(pastikan korg save di desktop supaya senang nak cari nanti) Save as file name = love u.vbs 

Close Notepad bila da save yer! pastu double click kat file tadi (love u.vbs) dan korang akan dengar suara...i love u!!

Cuba dengar betul2 suara tu..(pasang le volume kuat2)kalau dengar suara lelaki ,,maknanya laptop korg tu jantan loRrr..hiksss..begitulah sebaliknya..


i'm gurl hokeyy!





**Selamat Mencuba**..........

When life gives you a hundred reasons to cry, Show life that you have a thousand reasons to smile

Kereta aku VS Kereta suami

fuhh!!..bila kot..kot aku nak pakai kete ni haaa... kete pe ek aku suka, kalau nak disenaraikan  ada lah 2 3 buah kereta yang menjadi IDAMAN hati. termasuklah kereta ni

best kan..kan......


tapi tak laa kot nak dapat kereta seperti di atas,, jadi disebabkan aku ni tersangatla 
low profile,,jadi aku cuma targett sangat (target la sangat..hiksss..) nak pakai kete ni, pastu make up sket..huahahaha....


yang ni lom di make up lagi..hikss...ok gak kalau dapat sebijik Caldina dia.(opss..hehe...)


tu satu hal..lom lagi kereta yang menjadi idaman suami aku..dia tu lagi mcm2 kereta yg nak didamkan,, tapi target utama.(cehhh) dia nak sangatttt kete ni..... taraaa!!------->>>>

amacam?????


tapi ukur baju pada badan sendiri...haha!! cuma InsyaAllah satu hari nanti akan dapat...yeaayyy!!!! (berangan dulu yer)... Abang!!keje rajin2!!!

**Terima Kasih**



When life gives you a hundred reasons to cry, Show life that you have a thousand reasons to smile

Doa Antara Dua Sujud,Tanpa Sedar..

Setiap hari kita baca... Renungkanlah..

Makna setiap ayat Doa antara 2 Sujud..

Rabbighfirli (Tuhanku..Ampuni aku)
Warhamni (Sayangi Aku)
Wajburnii (Tutuplah aib-aibku)

Warfa’nii (Angkatlah darjatku)
Warzuqnii (Berilah aku rezeki)
Wahdinii (Berilah aku petunjuk)
Wa’Aafinii (Sihatkan aku)
Wa’fuannii (Maafkan aku)


jadi..baca slow2..dengan kusyuk.... Moga diperkenankan setiap doa kita..Amin....

When life gives you a hundred reasons to cry, Show life that you have a thousand reasons to smile

Tuesday 27 December 2011

Berkat Membaca Bismillah

Ni aku nak berkongsi satu cerita yang aku dapatkan dari hasil aku intai-intai di Google,, kisah ni pernah berlaku masa zaman para sahabat..

Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan. Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya. Suaminya berkata sambil mengejek, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."

Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu." Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.

Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan." Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.

Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja."

----->> Jadi apa lagi..nak buat sesuatu bukan sekadar nak makan je, baca la Bismillah yer..

When life gives you a hundred reasons to cry, Show life that you have a thousand reasons to smile

Kisah Dongeng

pssttt!!..aku suka lagu ni start layan cerita CINTA ELYSA tu la..ni diantara drama melayu yang paling best aku tengok,dan tak pernah mis tengok setiap episod..huaaa..sbb jalan cite dia memang cam kita yang dok berlakon sekali..hahahaha!!sengal jugak!!.....yang best sebab ada Fasha dan Johan..Superb!!.. (oiii !!cite ni da lama abis la,,)



When life gives you a hundred reasons to cry, Show life that you have a thousand reasons to smile

Azam Tahun Baru

ALLAH. dah nak New Year!!2012! cepat btol masa berlalu...rasa macam baru je BERCINTA dengan 2011,,da nak lepaskan ia pergi..(Cehh).. Azam tahun baru??ha..yang ni kena diambil berat,sbb sebelum2 ni azam2 tahun baru kalau aku list kan 10, 1 pun susah nak target!aiyoooOoo.. tapi..kali ni ada 3 4 list jugak laa,tapi lagi....yang 1 ni, memang aku akan PASTIKAN ia terlaksana..!...(dan yang membuatkan semangat aku bertambah semangat bila Encik Suami dan buah hati kecik ni menyokong sangat..(auchhhh!!terharu u!)...................ok..tinggal lagi beberapa hari...aku akan update bila tiba masanya..












When life gives you a hundred reasons to cry, Show life that you have a thousand reasons to smile

Sunday 25 December 2011

Ikan Siakap 3 Rasa

taraaaaaa!!! hehe.....hari ni 1st time aku cuba satu resipi...IKAN SIAKAP PELBAGAI RASA!!HaHaHaHa..takde maknanya..3 rasa loRrrr............dan suami aku bagi markah kalau 10, dia bagi 8 1/2..wahh!!sudah cukup baik la tu...1 1/2 markah hilang sebab suami aku cakap kureng PEDAS (Woii cik Abang!!, nak bagi anak awak makan sekali la,,sebab tu la kurang pedas..adoiiii) ni gambar yang sempat aku upload..taraaaaa!!

bahan terlalu banyak...,,penuh semangkuk,sampai ikan pun tak nampak... komen Encik Roslan...(Zzzzzzz)..ok!!ok!!bab hiasan memang FAILED...!     hahahahahaha!!

Err..patutnya tak boleh guna mangkuk ni,kena guna pinggan leper yang besar dan panjang sket..hokeyy!

Ulasan- hiasan memang laa penting bagi menaikkan semangat dan nafsu selera nak makan,,tapi tak semestinya hiasan tak cantk bermakna makanan tu pun tak sedap... bak kata orang Don't Judge a Book by it's Cover!!

psstt..nak resipi rojer2,hokeyyy!! buekkkk!!




When life gives you a hundred reasons to cry, Show life that you have a thousand reasons to smile

La Tahzan

La Tahzan..Jangan Bersedih..masuk ni dah 3 kali kott aku 'khatam' baca buku ni.. korang tau kan atau pernah dengar kan tentang buku ni..sebuah buku motivasi dr DR.AIDH BIN ABDULLAH AL-QARNI..(ni salah satu gak buku motivasi yang BEST SELLER!!....

Setiap tajuk dalam buku ni memberi impak dan motivasi yang agak berkesan dalam diri aku atau mungkin orang yang dah pernah baca..SERIUS beb!

ok..ni aku nak kongsi sket diantara tajuk2 yang aku suka sangat dalam buku ni...opss..aku tak mo la taip sebijik2, aku ringkaskan dengan ayat aku sdri yang penting2 je la ek!!hehe..(malasss nak taip) Cett!!pemalasss punya orang!! 

INILAH HARI KEPUNYAAN ANDA
bila kita berpagi2 jangan kita tunggu hari petang..hari ni lah yang kita kena tempuhi bukan hari kelmarin yang dah berlalu dengan setiap kebaikan dan keburukkan!..dan bukan juga hari esok yang belum tentu akan datang..
bukan mustahil kalau hidup kita ni tinggal sehari ni je......dan bila kita rasa begitu,,hidup kita takkan koyak rabak dengan gumpalan kesedihan,keresahan dan bayangan masa depan yang penuh keraguan dan menakutkan!!
.....................sebab tu kita kena curahkan seluruh perhatian untuk hari ni dan kerja kuat..dan berazam persembahkan kualiti sembahyang yang penuh khusyuk..berzikir dengan sepenuh hati..dan keredhaan yang semua Allah berikan.., ambil berat dengan kesihatan jiwa raga dan berbuat baik pada semua orang..!

beristighfar atas semua dosa..bersiap2 untuk satu perjalanan yg jauh..dan nikmati hari ni dengan segala keriangan.. terimalah rezeki,isteri,suami,anak2,rumah,tugas,ilmu dengan penuh redha..


Marilah kita hidup hari ini tanpa kesedihan,keresahan,tanpa kemarahan..tanpa kedengkian dan tanpa kebencian....


ALLAH LAH YANG BERKUASA MEMBERI PENGGANTI
kita kena tau Alah tidak pernah mengambil sesuatu dari kita KECUALI Dia menggantinya dengan yang lebih baik.tetapi itu pun apabila kita sabar da redha dengan segala ketetapanNya,


dengan kata lain,,sesiapa yang kehilangan anak namun ia tetap berusaha untuk redha dan bersabar,maka dekat akirat nanti akan dibangunkan untuknya satu Baitul Hamd (istana pujaan)......


ALLAH..(kdg2 aku terfikir,mampukah aku untuk hadapi setiap ujian dan dugaan Allah.)..bila tengok org sekeliling ditimpa musibbah,senang je kan kita nasihat supaya bersabar, tapi bila jd kat kita......


Ya Allah, Mudah2an kita tergolong dari golongan org2 yang redha..Amin..


'Selamat Sejahtera lah kamu berpanjangan,disebabkan kesabaran kamu..Maka amatlah baiknya balasan amal kamu di dunia dulu". (Surah Ar-Ra'd:24)


ok..sebenarnya banyak lagi tajuk2 best yang boleh merawat hati dan dijadikan motivasi, tapi tak larat lak aku nak taip panjang2,walaupun da guna olahan sendiri,ringkas2 pulakk tu....hehe..so,,nanti bila2 rajin aku update lagi.............(oh ya..kalau nak 'layannn' lagi, beli satu la...BACA!! ngeeeeeeee~











When life gives you a hundred reasons to cry, Show life that you have a thousand reasons to smile

Friday 23 December 2011

Tips Ubati Anak Nakal dan Malas

Sebenarnya kita sebagai parents kan..memainkan peranan penting dalam membentuk tingkahlaku anak2..tapi kalau kita da didik dengan baik pun tapi anak2 kita masih nakal dan malas lagi..langkah terakhir buat UBAT sendiri..hehe..maksud aku air yang da kita doakan dan bagi kat anak..tak payah susah2 mintak air kat orang atau ustaz....atau bomoh..Opsss,,ha yang tu leh jatuh syirik (jauhkan dr jumpa bomoh2 ni silap langkah..padah diri sendiri...ish..da lebih pulak..hikhik.. aku sebenarnya tertarik dengan tips Pa&Ma bagi cara nak buat air mustajab ni..(doa ibu lebih afdal).. cara nya camni.......

1-Bangun Ketika Azan Subuh.
2.Teruskan Berwudhuk dan Solat Sunat.
3.Selepas tu, baca Al Fatihah sebanyak 21x dekat depan sebotol air minuman (air putih) yang da dibuka penutupnya...
4.Berdoa Pada Allah, mintak hajat dengan menyebut nama penuh mereka.
5.Selepas tu teruskan Solat Subuh....

Ha..sangat simple kan...Usahalah sebaiknya..InsyaAllah..


P/s boleh je gi kat orang2 alim,alim ulama',ustaz nak mintak doa dan air..(doa2 mereka pun kuat) cuma motif di sini,,nak suruh kita sama2 jaga solat....dan kebaikkan lain boleh di rasa kalau cuba buat...hehehe..

When life gives you a hundred reasons to cry, Show life that you have a thousand reasons to smile

Wednesday 21 December 2011

Reunion Sekolah (5Cekal 2000)

Alhamdulillah!!..Lega...Settle juga Reunion Percubaan yang kami rancangkan selama ni..Reunion yang bertempat di Mes Greysands,Port Dickson dari 17/12/2011-18/12/2011..Memang mcm2 hal sebelum reunion tu..salah faham sket2..penat??penat otak..penat tenaga..tapi bila tiba masanya..memang best..walaupun ramai budak2 kelas yang tak dapat join,tapi tetap meriah...rasa cam tak puas satu hari tu..InsyaAllah perancangan kedua,(reunion betul2 laa) nak buat lama sket..baru puas..!!ni ada sket gambar yang aku dapat upload untuk jd kenang2an.. nak tengok banyak2 ..leh tengok dalam FB..hehe... Apa2pun, terima kasih sangat kat kawan2 yang dah bekerja keras membantu menjayakan Reunion ni.......sangat sayang korang!!..Opsss...tak lupa thanks sangat kat kathy sebab dah menaja tempat penginapan kita ni..(murah rezeki ko!next year confirm dapat APC lagi..HeHeHe)

psstttt...:yang best lagik, malam2 buta,,aku ngan ain merayap ke rumah anak2 dara..hehe..tapi selepas menidorkan anak2 laa..dan yang paling best lagi Incik Lan (suami aku lorrr) dan Incik Baim sangat sporting..HaHaHa!!




















ok.....ni je gambar yang aku sempat dan larat nak upload..kalau nak tengok banyak2 lagi..

TEriMa KaSiH KoRanG aTaS EhsaN GamBaR ni!!!




Credit to Aien (Gambar)















When life gives you a hundred reasons to cry, Show life that you have a thousand reasons to smile

Thursday 15 December 2011

masalah blog!!

gggrrrrr!!!argghh!!amat tension btol kalau kejadian2 yang tidak diingiNi berlaku!!lebih2 lagi di time2 hidung aku buat hal...(FLU la wehhh!!) ada ke patut mse aku rajin nak 'men cantikkan' header aku neh,,leh pulakk blog buat hal..CETT!!......godek punya godek,,masih tak jumpa cara nak menyetelkan PR0BLEM nih..huh!!! last2 kua benda alah ni....


1.Try clearing your cookies (http://www.wikihow.com/Clear-YourBrowser's Cookies)
2.Try going to draft.blogger.com and trying there until Google have fixed the issue

herm...aku try yg no 2 tu..settle la masalah setakat ni..

**TERIMA KASIH**



When life gives you a hundred reasons to cry, Show life that you have a thousand reasons to smile

Monday 12 December 2011

Adam blaja Swimming!!




p/s gambar ni diambil masa adam gi swimming kat pedas (kolam air panas) memang BEST la tuk budak2 cam adam..


When life gives you a hundred reasons to cry, Show life that you have a thousand reasons to smile

Saturday 10 December 2011

Adam demam!

alololo!!dr semalam si kecik ni muntah2..muntah kuar air..neklong kata semalam dia tak makan langsung..(tak selera kott)...ke tekak tak sedap..tu la muntah kuar air.....aduhh..aku paling risau bab2 budak demam or sakit ni.....tak sampai ati tengok budak yang ari2 aktif jd moody and terkedu..sangat kesian!!!!..mmg adam lama dh tak demam..dia pun jarang demam dr kecik..(alhamdulillah!!)..dan setakat ni, dr lahir sampai ni, dia mmg tak banyak ragam!!terbaikk laa anak mama ni!! (cehhh)....
hari ni aku keje, so terpaksalah tinggalkan adam dengan neklong kesayangan dia tuh....adam rehat ek!kang ptg mama balik cepat jaga adam pulakk......!!...

ptg ni kalau tak ok gak, kena la bwk si kecik ni gi klinik!!........


p/s adam dah ok!!bwk gi klinik, doc cakap tak teruk sgt..salah makan atau angin je..alhamdulillah..TQ Allah!

When life gives you a hundred reasons to cry, Show life that you have a thousand reasons to smile

Lagu feveret...lirik feveret..kita satu spider

Ehem..suka sangat lirik lagu ni...lagu dr Spider (suara tam pun mmg classss gitew!!) terlalu mendalam maksud lirik ni kott..so lagu ni memang sangat sesuaiii u ,,aku nak tuju tuk Incik Suami yang sangatt2 laa aku sayang...(Ceh)bolehh???

cer kita hayati skett lirik ni..Wahh!

Seringku bertanyakan
Dimanakah hatimu sayang
Kian lama ku simpan
Bersarang cinta dalam diam

Sampai bila harusku pendam
Layan cinta dan perasaan
Dengan lafaz ku bisikkan

Kita telah ditakdir bersama
Teman hidup di dunia
Malam siang kita jadi satu
Kerana engkau adalah milikku
Pegang tanganku seeratnya
Dunia ini berputar ligat
Mengapa harus ada sesal
Andainya tersungkur tetap bersama
Sampai bila harus ku pendam
Layan cinta dan perasaan
Dengan lafaz ku bisikkan .. oh ..
Satu…..
Kita telah ditakdir bersama
Kerana engkau adalah milikku


When life gives you a hundred reasons to cry, Show life that you have a thousand reasons to smile

Friday 9 December 2011

Pssttt!!nak sangat ni!!



serius!!!memang nak sangat beli benda alah ni.....ke nak tunggu orang bagi..wahh!!!!manyakkk syokk!!hehe

When life gives you a hundred reasons to cry, Show life that you have a thousand reasons to smile

Psttt!!untungnya jadi wanita...

Doa Wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda, “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”....



Wahhh!!..bestnya!!mmg bertuah sangat aku ni seorang perempuan..tapi betul ke kita ni penyayang..ye kott..eh..yelah..contohnya, cepat sgt menitskan airmata setiap kali tengok benda yang menyentuh hati..tapi suami kita..lelaki la..susah kott nak nangis..keras hati tu.. pastu ppuan ni kalau marah, jap je kott nak sejuk..pemaaf.. tu la contoh2 yg boleh dikatakan kita ni penyayang..

tapi..jadi ppuan ni tak semudah yang disangka...pengorbanan seorang ppuan,ibu dan isteri ni sungguh besar..tak terbalas rasanya..tp ppuan tak mintak pengorbanan mereka di balas,lbh2 lagi seorang ibu..cukuplah sekadar dihargai...sebab tu syurga ni terletak di bawah telapak kaki ibu...yelah, ibu la yang mengandungkan kita 40minggu..yang menggadai nyawa melahirkan kita, menyusukan kita,menjaga kita dr kecik sampai ke sekarang ni...ishh..tak terkira la bintang2 kat langit ni betapa besar sangat pengorbanan ibu...cerita tentang ibu....teringat pulakk kat umi dan maklong..dua2 aku sayang separuh nyawa!!!!!.....sebab tu kalau kit ada salah kat makbapak kita, cepat2 kita mintak ampun..

jadi isteri...ohh..pun banyak sangat pahala...dan mulianya seorang isteri di sisi Allah..dan terlalu berharga pada keluarga, suami dan anak..Si isteri sanggup berpindah dari naungan keluarga sendiri dan kemudiannya menyerahkan jiwa dan raganya kepada seorang lelaki bukanlah satu perkara yang mudah. Sekalipun lelaki itu telah dikenalnya tapi si lelaki masih orang asing dalam kehidupannya. Waktu merelakan dirinya diambil sebagai isteri, dia telah menggadai diri dan kebebasannya untuk hidup bersama suami. Tidak ada lagi kehidupan yang agak merdeka di bawah kawalan ibu bapa. Tidak lagi bebas mengisi masa bersama teman-teman, atau memenuhi macam2 aktiviti dan mengejar cita-cita peribadi. Pada isteri tanggungjawab pada suami satu janji. 

Woman Was Made From The Rib of Man..
She Was not Created from his head to top him..
Not from his feet to be sepped upon.
She Was Made from his side to be Close o him..
From beneath his arm to be protected by him..
Near his heart to be loved by him..

When life gives you a hundred reasons to cry, Show life that you have a thousand reasons to smile

Doa..(Aishah)

Tuhanku
Dalam termanggu
Ku sebut nama-Mu
Biar susah sungguh
Mengingati kau
Penuh seluruh

Tuhanku cahaya-Mu panas suci
Bagai kerdip lilin
Di kelam sunyi

Tuhanku
Au hilang bentuk
Kembara di negeri asing
Tuhanku
PintuMu ku ketuk
Aku tak bisa berpaling



When life gives you a hundred reasons to cry, Show life that you have a thousand reasons to smile

akhirnya..siap jugak!!

Alhamdulillah..yeayy!!akhirnya..siap gak blog ni...cam diari kot..da siap design sket2..hehe...and akan bermula la rutin aku mengepos dan meng update belog nih......!!

When life gives you a hundred reasons to cry, Show life that you have a thousand reasons to smile

CopyRight © Segala Yang Tercatat di atas adalah Hak Milik diarinadiaa.blogspot.com