Thursday 5 January 2012

Kisah pokok epal

hari ni aku nak share sikit satu kisah teladan yang aku suka dan sebenarnya agak menyentuh perasaan iaitu kisah pokok epal..

cerita nya macam ni,,


Suatu masa dulu,ada sebuah pokok epal yang amat besar..seorang budak lelaki gemar bermain2 dekat pokok epal itu..boleh dikatakan saban hari,setiap masa setiap detik masa budak lelaki itu memang banyak dihabiskan di situ, dia memanjat,memetik dan makan epal sepuas2nya..pokok epal itu pun memang suka dan sayangkan budak lelaki itu.

Masa berlalu begitu pantas..

budak lelaki itu dah besar..dah meningkat remaja. dia dah tak lagi habiskan masanya di  sekitar pokok epal itu. namun,pada satu hari, lelaki itu datang dengan wajah yang sedih. 'marilah bermain2 di sekitarku,ajak si pokok epal itu'.. 'taknak,kata lelaki itu,aku bukan lagi kanak2,aku dah besar,aku perlukan permainan lain tapi..aku tidak mempunyai duit..ujar lelaki itu lagi.. 'kalau macam tu,kamu petiklah buah2 epal yang ada padaku,kemudian kamu jual,bila dapat duit kamu gunalah untuk membeli permainan yang kamu inginkan..
lelaki itu dengan gembiranya memetik kesemua epal2 itu dan berlalu pergi..agak lama dia tidak datang menemui si pokok epal, pokok epal berasa terlalu sedih..

Sehinggalah satu hari..

lelaki itu datang lagi, tapi dia semakin dewasa..dia datang lagi dengan muka yang sedih.. 'marilah bermain denganku,ujar si pokok epal dengan nada yang terlalu gembira... 'tak boleh,ujar lelaki itu..aku bukan kanak2 mcm dulu,aku dah dewasa, aku banyak tanggungan, aku perlukan duit untuk membuat atau membeli rumah tapi aku tak ada duit..ujar lelaki itu bersunguh2....
'maafkan aku,aku tidak mempunyai rumah untuk beri pada kamu, tapi ambillah dahan2ku yang besar2 ini untuk membuat rumah, si pokok epal memberi cadangan.. 
lantas si lelaki terus memotong kesemua dahan2 besar si pokok epal dan terus berlalu pergi... si pokok epal benar2 merasa puas dan terlalu gembira kerana masih dapat membantu lelaki itu......tapi masa berlalu pergi..hari berganti tahun...leaki itu masih tidak muncul..si pokok epal kecewa..

pada suatu hari yang panas..ada seorang lelaki yang sudah nampak matang dan dewasa. tapi si pokok epal masih kenal dialah kanak2 yang dulu selalu bermain di sekitarnya.. si pokok epal tidak berputus asa mengajak lelaki itu bermain.. 'tapi aku sudah dewasa dan ada cita2 lain..aku perlukan sebuah boat untuk berlayar,dan aku mengharapkan pertolongan kau..ujar lelaki itu bersungguh2 lagi..

'maaf, aku tidak ada boat untuk membantumu,tapi kamu boleh memotong batang pokok ini unuk dijadikan boat..kata si pokok epal seikhlasnya..  lalu lelaki itu tidak membuang masa lalu terus memotong batang pokok epal itu dan terus berlalu pergi........pokok epal ditinggalkan lagi...

sehinggalah satu hari lagi.. datang seorang lelaki yang dah dimamah usia..dia jugalah kanak2 yang pernah bermain2 di sekitar pokok epal itu..

'maafkan aku..aku tidak dapat membantumu lagi..aku sudah beri kesemua buah untuk kamu jual, dahan untuk buat rumah,tempat kamu berteduh sekeluarga..dan batang untuk buat boat untuk berlayar mengejar cita2mu.. aku hanya ada tunggul dan akar yang hampir mati.. ujar si pokok epal dengan sayu..

'tidak mengapa wahai pokok yang mulia, aku dah tak perlukan semua itu...aku dah penat..sekarang aku cuma nak beristirehat..jawab lelaki tua itu perlahan..

'jika begitu, rehat dan bersandarlah di perduku.. tanpa membuang masa lelaki tua itu terus beristirehat di perdu si pokok epal...mereka menangis kegembiraan....

Sebenarnya pokok epal dalam cerita itu, menggambarkan ibu bapa kita.. masih kita kecil,muda kita selalu dengan mereka,bermain dengan mereka dan meluangkan masa bersama... namun semakin kita besar dan dewasa kita meninggalkan mereka dan hanya datang menemui mereka bila kita kesusahan dan memerlukan pertolongan...., namun begitu, walau apa yang kita lakukan, mereka tetap membantu kita, sedaya upaya memenuhi setiap kehendak dan keperluan kita.......betapa mulia ibu bapa kita.. jadi hargailah mereka selagi mereka ada..dan kirimkan doa jika mereka dah tak ada...

pssttt..erm..maaf lah yer..cerita ini aku ambil dari kisah2 teladan tapi aku olah menggunakan ayat aku sendiri.. motif kisah ni,, plsss hargai ibu bapa kita!!!





When life gives you a hundred reasons to cry, Show life that you have a thousand reasons to smile

No comments:

CopyRight © Segala Yang Tercatat di atas adalah Hak Milik diarinadiaa.blogspot.com