Saturday 21 January 2012

Ada Hikmah Di Setiap Ujian yang Kita Lalui!

Sebagai manusia hidup kita semua ni takkan terlepas dari pelbagai ujian dan dugaan. tak kira org islam ke,bukan islam ke,tua, muda, lelaki, perempuan, itu mmg dah tertulis! cuma beza org islam dan bukan islam, bagi yang bukan islam mereka akan menggunakan logik akal, kefahaman masing2 untuk menyelesaikan semua masalah mereka tu...,dan jika akal mereka tidak dapat berfikir dengan waras, apa lagi, mereka akan ambil jalan mudah, contohnya makan ubat tidur, bakar diri...dan macam2la nak ambil nyawa sendiri,konon tak larat da nak hadapi semua tu...aihhh!!!(bukan je org bukan islam, tetapi ada jugak org islam yang takde asas keimanan yang kukuh buat perkara2 macam tu..gantung diri la..nauzubillah)

kita kena sama2 ingat..(aku tekankan pada diri sendiri jugak ni) setiap yang berlaku ada hikmahnya!! kita kena  tahu juga, memang kita merancang, Allah pun Merancang, tapi Perancangan Allah adalah yang terbaik!! siapa kita nak menghalang kehendak tuhan..! fikirkan..

memang kadang2 bila kita diduga, kita selalu mengeluh, terfikir, apalah agaknya hikmah disebalik ujian yang kita hadapi ni.. (betulkan..) aku sendiri pun kdg2 macam tu... ye..! memang hikmah tu kita takkan sedar dalam masa tu,tapi satu hari nanti,insyaAllah seandainya kita redha, kita akan nampak besarnya hikmah ujian tu.. (aku sendiri pernah lalui) cuma yelah kan,,sebagai manusia, kita bukan sekuat dan setabah manapun. (kadang2 kita sendiri pandai nasihat org..bila kena kat batang hidung sdri....aihhh)

aku pernah baca, setiap ujian yang kita lalui ni ada beberapa peringkat, ni diantara peringkat yang aku nak kongsi

Peringkat Pertama
Allah bagi ujian ni sebab Dia nak naikkan darjat seseorang di Akhirat kelak. lebih2 lagi untuk orang yang taat dan betul2 beramal di dunia,  dimana Allah nak mengukur tahap kesabaran dan ketaatan mereka.

Peringkat Kedua
Ini lebih kepada orang2 islam yang berdosa, (semua manusia mempunyai dosa,tak kira lah dosa besar atau kecik) dimana ujian ni adalah sebagai penghapus dosa dan peringatan dari Allah. Kena ingat ujian yang diberikan itu, sebab Allah sayangkan kita lebih dari kasih sayang ibu kepada anak2nya. Allah nak kita bersihkan dosa sebelum pulang kepangkuanNya.

kalau nak cerita pasal hikmah disebalik ujian, memang takan habis.. jadi muhasabbah sama2 diri kita, selagi diberi ruang kesempatan, perbetulkan balik diri kita... dan redha dengan setiap ujian dan dugaan, walaupun perit..sakit..untuk lalui semua tu..

**jangan jadi macam ni ye..seolah2 berputus asa dan tidak redha**



aku slalu berpegang dengan kata2 ni.. Takdir Allah Adalah yang Terindah..






When life gives you a hundred reasons to cry, Show life that you have a thousand reasons to smile

2 comments:

Puteri Auni Kamaruzzaman said...

Agree ! Allah bagi kita dugaan untuk menambahkan lagi pahala kita - ustazah auni cakap :)

Gong Xi Fa Cai # angpau mana :P

Kbai

diarinadiaa said...

betul tu auni..tambah pahala gak!!

**thaipusam nanti i bagi k yangg** hehe

CopyRight © Segala Yang Tercatat di atas adalah Hak Milik diarinadiaa.blogspot.com