Tuesday 3 January 2012

Hina sangat air tangan muslim yang tinggalkan solat!

Allah! tajuk post kat atas pun dah mendebarkan hati kita kan!..betul ke...apa yang tak betulnya,,kita semua sedia maklum kan..,,tinggalkan solat tu adalah berdosa besar!!malah ada setengah pendapat lebih hina dari khinzir.. jadi aku nak kongsi sikit satu cerita yang pernah terjadi masa zaman Nabi Musa a.s..

Kisah nye mcm ni,, Pada zaman Nabi Musa a.s ada seorang lelaki yang dah lama kahwin tapi masih tak ada zuriat..,,satu hari dia terdetik dalam hati,, nazar la tu,, 'kalau aku dapat anak,,aku akan minum air kencing anjing hitam (buekkkkk!!ish..ish..sampai camtu skali nazar dia)

Nak jadikan satu cerita,,Allah pun perkenankan la si isteri lelaki tadi hamil..dan bila anak tersebut dilahirkan, lelaki tersebut terlalu rungsing bila memikirkan nazarnya.....

**syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat zaman Rasulullahs.a.w, umat zaman Rasulullah s.a.w ni kalau dah bernazar benda haram tak pyh buat tapi kena dam (denda) atau sedekah, berbeza dengan syariat zaman Nabi Musa,, haram tak haram tetap kena buat**

Lalu lelaki yang baru dapat anak pun dengan hati yang runsing pergi berjumpa Nabi Musa a.s dan menceritakan masalah dan nazarnya itu. Lalu Nabi Musa a.s pun menjawab bahawa lelaki itu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi kena minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam itu.... Nabi Musa a.s pun memerintahkan lelaki tersebut menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat..lelaki itu akur dalam masa yang sama dia merasa lega.

Renungkanlah...air bumbung yang jatuh dari rumah org yang meninggalkan solat lebih hina dari air kencing anjing hitam, itu baru air dari bumbung rumah belum air tangan lagi...
Bila menyentuh bab air tangan,, wahai para isteri..wahai para ibu, malah untuk panduan dan ingatan aku sekali,peliharalah solat.. sebab air tangan kita ni akan jatuh menitik ke dalam masakan yang hari2 kita hidangkan untuk suami,anak2 atau sape saja..jadi takan tergamak kita nak bagi mereka gelap hati kerana air tangan kita.....(ALLAH....)




**Sama2 lah bermuhasabah** Moga Pelihara Solat adalah salah satu senarai utama utuk azam kita tahun ni dan sampai bila2...Amin.......

When life gives you a hundred reasons to cry, Show life that you have a thousand reasons to smile

1 comment:

Zay said...

SubhanAllah! very refreshing. Thanks for sharing this. dah lama sangat tak dengar cerita ni. apa pun, i really enjoy reading your blog. :) salam ukhwah ya ukhti! :)

CopyRight © Segala Yang Tercatat di atas adalah Hak Milik diarinadiaa.blogspot.com