Friday 30 December 2011

Ulasan ikhlas tentang dhia

da abis cerita Tentang Dhia! salah satu drama melayu yg agak ok,dan best bg pandangan aku dan slot cerita yang tak membosankan..(cehh..macam pengulas filem..wakakaka!!) bila abis je drama tu, bukak FB, wahh!!ramai rupanya member2 pengulas filem, ni diantara komen atau ulasan2 yang aku baca,,

"ish!tak best betullah ending ni, "patutnya mak mertua dia yang mati" "eh!nape tak tunjuk mak mertua dia tu,.. laa,camni je.." "bestnya dapat mati sama2" geramnya!rasa nak santau je mak si zikir ni" "ish,zikir ni bodohlah"

KahKahKah!! macam2 kan komen korang ni.. !! banyak lagi komen korang ni,tapi aku malas nak taip..nak tergelak pun ada,aku pun ada pandangan tersendiri (walaupun tak seberapa nak baik macam pandangan orang lain,kan..kan..)

pada aku, cerita ni sebenarnya banyak sangat pengajaran dan pedoman bagi kita semua,tu kalau kita ambik iktibar laa yangg oii! pssttt..nak tambah sikit,,yang membuat lagi best kan,pelakon2 dia yg mantap!!hehe...

ok..berbalik pada pandangan aku tentang cerita ni.. dhia, memang perempuan yang hebat, wanita solehah, taat pada suami dan agama..dan terlalu tabah hadapi semua dugaan, lepas satu,satu..(Allah..mampukah aku atau kita jadi perempuan sehebat dhia..) zikir tak bodoh sebenarnya..dia suami dan anak yang terlalu baik.. dia sabar dan tak pernah mengambil kesempatan pada isterinya walaupun dah bertahun kahwin tak dapat anak..(tapi kalau tengok pada realiti kehidupan,ada sesetengah kaum lelaki ni nak kahwin lain,sebab utama tak de anak, KONON!! cett!!)...tapi tak semua kan, aku cakap segelintir!! cuma zikir bertambah jadi macam tu..sebab hasutan demi hasutan dan fitnah dari ibu kandung dia sendiri..(antara percaya atau tak) zikir dalam dilema..sebab tu la kan islam menekankan,dosa fitnah lebih berat dari dosa membunuh..boleh jadi macam ni lah..rumahtangga huru hara..dan banyak lagi..

lagipun tak boleh salahkan zikir, mak dia sendiri dah 'manderem' kan anak dia..dan satu lagi aku nak tekankan, jauhkanlah dari benda2 yang syirik..bomoh dan sebagainya..mungkin lepas kat dunia, (macam mak zikir tu)takde hukuman apa2 kan..tapi dekat akhirat,


Firman Allah yang bermaksud: "Bahawasanya sesiapa yang menyekutukan Allah dengan sesuatu yang lain Maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya Syurga dan tempat kembalinya ialah Neraka (Surah Al Maidah ,Ayat 72)

walaupun zikir dah tau mak dia macam tu, tapi zikir anak yang baik, sekalipun dia tak pernah tinggikan suara pada ibu dia..dia ambil alternatif lain untuk berbaik dengan dhia..kan..

lupakan kejap pasal si dhia dan zikir, banyak2 watak tu aku suka gak kat si rafi ni..setianya dia pada dhia,,dari kecik perasaan dia kat dhia tak pernah berubah.. best jugak jadi dhia ni..HAHAHAHA!!gedikssss**

oklah..setakat ni pandangan aku tentang dhia..watak2 lain tak perlu la aku ulas.. pada aku ending cerita menyentuh hati sangat.. bila kita cintakan Allah lebih dari segalanya, Allah akan berikan yang terbaik untuk kita.. (yang terharu nya, zikir ajar isterinya mengucap, dalam masa yang sama rupanya dia juga mengucap untuk kali terakhir)................

**untuk pengetahuan korang, ni 1st cerita yang aku tetiba tergerak hati nak buat ulasan..lalalalalala~**

choopppp!!!!jom layan lagu tentang dhia ni...





kalau ulasan aku ni tak berkenan di hati korang, abaikan la yer..**Sekian** Terima Kasih** 







When life gives you a hundred reasons to cry, Show life that you have a thousand reasons to smile

No comments:

CopyRight © Segala Yang Tercatat di atas adalah Hak Milik diarinadiaa.blogspot.com