Seorang pelajar yang aktif berlumba haram telah mendapat kemalangan. Kemalangan ngeri itu telah menyebabkan kepala pelajar itu tertusuk sebatang besi. Menurut doktor yang merawat pelajar itu, sekiranya besi itu tidak mengenai otak, pelajar itu ada harapan untuk diselamatkan. Mendengar penjelasan doktor itu, bapa pelajar tersebut dengan penuh berkeyakinan menjawab, "Dia akan selamat, sebab saya yakin besi itu tidak akan kena otak anak saya. Doktor yang kagum dengan keyakinan si bapa terus bertanya, "Bagaimana pakcik yakin,sehingga perkataan InsyaAllah pun pakcik tidak sebut?. Sampuk si bapa, "Masakan besi itu boleh terkena pada otaknya, sedangkan dia TAK ADA OTAK, kalau dia ada otak, dia tak akan buat kerga gila dan bahaya ni. Terdiam doktor.
Pengajaran: Buat sesuatu perkara, gunalah otak, dan berfikir secara waras!!

1 comment:
hehehe,pacik tu marah sangat agaknya..ngee,
Post a Comment