Wednesday 14 March 2012

Memang Wajib Cemburu!

Terbaca satu artikel DR Haji Juanda (Perunding Undang2 Keluarga Islam), beliau mengatakan Cemburulah, agar cinta lebih ghairah!kenapa beliau berkata sedemikian..dan beliau juga mengatakan Wajib cemburu sebab nak memastikan agar cinta pasangan makin membara..bukan untuk bercinta saja,tetapi atau lebih2 lagi untuk yang dah berkahwin! 

Aku sangat setuju dangan hujahan beliau! tapi cemburu biarlah pada tempatnya kan. Jangan cemburu buta,cemburu tak bertempat, yelah, tengok kawan lelaki/peremuan atau suami/isteri berborak dengan kawan sekolah,sekerja dah tarik muncung panjang (boleh diikat2)..aihh..itu memang tak patutlah kan.

Tetapi zaman moden ni,zaman I.T ni,,manusia semakin bersikap terbuka,terlebih sporting konon, sampaikan suami/isteri (khususnya) beramah mesra dengan orang lain (berlawan jantina) mereka tidak ambil pusing. Mereka taknak dituduh **konon** ketingalan zaman! hoii!!kalau bini kau bertepuk tampar dengan jantan lain pun boleh je ke kau tengok tanpa ada perasaan apa2..kan tu dah boleh menyumbangkan sesuatu yang diluar batasan!!yang dah boleh menyalahi hukum agama.!
Sebab tu la pada pendapat aku, dalam berumahtangga khususnya memang kena cemburu. Cemburu tanda sayang.cuba kalau korang tak suka/sayang orang tu, kenapa perlu cemburu kan.. Itu satu hal..bila kita cemburukan pasangan, pasangan kita akan lebih berhati2 dengan setiap langkah dan perbuatan. (fahamkan)

Tapi yang kita lihat sekarang, ni fakta tau, perempuan lebih cenderung untuk cemburu berbanding dengan kaum lelaki..bukan lelaki tak cemburu sebenarnya, tapi mereka ego untuk menunjukkan perasaan cemburu tu.tapi kalau sekali mereka (lelaki) menghamburkan rasa cemburu tu, hamekk ko!!tergamam!!hehe..buktinya dari pengalaman aku sendiri, susah nak tengok suami aku cemburu,dia lebih banyak mendiamkan diri bila kadang2 aku sengaja bercerita tentang kisah aku dulu2...sehinggalah satu hari,secara berdepan,masa tengah borak2 mesra (cehhh), eh u tak pernah jeles kat i ke,, mula2 dia buat tak tahu je, lepas tu aku tanya lagi, last2 dia luahkan jugak, sape kata tak cemburu,kdg2 macam bernanah, tapi babah leh control lagi asalkan tak lebih batas.. haa!!!tu dia...(luahan hati seorang suami tau) so sekarang dah terbukti lelaki memang cemburu,cuma mereka lebih pandai mengawal emosi dan control hensem berbanding perempuan...dan kita sebagai isteri atau girlfriend mereka,jangan nak uji sangat tahap kecemburuan tu,takut lain jadinya...lalalala~

Cemburu bukan saja dalam sesuatu perhubungan/percintaan tapi cemburu sebab kita nak berjaya macam orang lain pun sangat patut tau! cemburu melihat kejayaan orang lain boleh jadikan motivasi untuk kita terus berusaha ke arah itu. Jangan pulak tengok orang tu pandai/cantik dari kita, disebabkan cemburu yang melampau2 kita berniat untuk menjatuhkan dia..aihh..tu dah kes naya.Tak baik.

Kalau nak cerita atau berhujah pasal cemburu, sampai esok pun aku takkan habis menaip. Jadi sama2 la kita memahami maksud cemburu tu..memang dan harus kita cemburu tapi biarlah berpada dan kena pada tempatnya..



sumber gambar : GOOGLE




When life gives you a hundred reasons to cry, Show life that you have a thousand reasons to smile

No comments:

CopyRight © Segala Yang Tercatat di atas adalah Hak Milik diarinadiaa.blogspot.com