Wednesday 29 February 2012

Suka School

Masuk hari ni dah hampir 2 bulan adam bersekolah..Dan Alhamdulillah sehingga ke hari ni adam cukup bersemangat untuk ke sekolah..(harap sampai bila2 la kan).Yelah, bila kenangkan masa 1st day, dengan dia mempamerkan  muka cuak,sampai aku berdebar2 memikirkan hari2 seterusnya..,terfikir macam mana la esok hari ni kalau dia mogok!aihh..macam ni rasanya parents kan,lebih2 lagi perasaan seorang ibu bila anaknya akan memulakan atau memasuki alam persekolahan.. (tadika je tu,belum darjah satu lagi)

Ok..itu semua masa mula start sekolah. sekarang,time dia demam pun masih merengek2 nak pergi sekolah,,tapi sebagai mama yang sangat prihatin,cehh..aku berkeras juga tidak membenarkan dia ke sekolah..dengan pelbagai pujukan dan alasan...Apapun sekarang,walaupun baru nak masuk 2 bulan,aku nak bagi credit dekat teacher2 kat situ sebab berjaya menarik minat anak aku ni. Dan sebenarnya pujian jugak untuk si kecik tersayang sebab rajin sangat pergi school,hokeyy..!

Walaupun baru 2 bulan adam bersekolah, he's more independent now..! banyak perkara dia dah boleh melakukan dengan sempurna..makan minum..mandi.and now dah tak payah pakai pampers lagi ok..sebelum sekolah,memang perkara2 asas ni dia boleh buat tapi kucar kacir sikitlah kan..

Sekarang,waktu malam, aku dan adam makin banyak point untuk berborak dan bercerita..memang petah dan tak berhenti2 dia cerita apa yang dia buat dekat sekolah. Walaupun penat,tapi aku tak jemu nak dengar semua tu.

So now,aku berharap sangat dia akan terus belajar rajin2,,bukan setakat belajar kenal huruf dan nombor tapi belajar berdikari dan bersosial dengan baik...

boleh Klik Sini yang nak imbas masa adam mula2 masuk school!








p/s playscool (4years) tak berat sangat yang di ajar..so rasanya tak ada istilah boring kot untuk anak2..InsyaAllah.



When life gives you a hundred reasons to cry, Show life that you have a thousand reasons to smile

2 comments:

Nizam Ijam said...

ada entry untuk anda...

http://www.nizamijam.com/2012/03/top-10-referral-link-bulan-februari.html

jaha said...

first first mmg camtu...kita semua penah lalui..

CopyRight © Segala Yang Tercatat di atas adalah Hak Milik diarinadiaa.blogspot.com