Thursday 9 February 2012

What U Give, U Get Back!!

Baru habis baca satu buku hasil Penulisan Hasrizal Abd Jamil(Abu Saif),dalam banyak2 tajuk penulisan tu,ada satu kata2 yang memang menyentuh hati,terkedu sekejap hati bila beliau mengatakan Anak derhaka pada Akhir Zaman bermula dengan dosa Ibu Bapa yang sibuk bekerja. Allah. Oh tidakkkk!!aku taknak berada dalam kelompok golongan yang dimaksudkan tu.. **kesat2 peluh**

Betul ke kenyataan ni..atau pandangan penulis semata2 je..terus aku muhasabbah diri,renungkan balik  tentang aku dan suami yang hari2 bekerja..bekerja dan terus bekerja..fikirkan kan jugak adam..masa yang terluang untuk dia selama ni..**tarik nafas lagi..lepas..** Alhamdulillah..! Ye!!Memang kami berdua bekerja,tapi setakat ni kami tak pernah abaikan adam..kalau babah dia sibuk bekerja sampai lewat malam sekalipun,tapi adam masih ada mama yang tak pernah berenggang dengan dia hatta sesaat pun Kecuali bekerja..(setakat ni lah yang aku tau,aku tak pernah tinggalkan dia semata2 untuk beriadah,bersosial dengan kawan2..percaya tak..serius ni!!) camtu sekali tau..!

Balik kerja..bila semua tanggungjawab dan kerja aku selesai,aku akan pastikan aku akan luangkan masa dengan adam..walaupun hanya beberapa jam sebelum dia tidur..aku taknak biarkan masa dia terbiar tanpa perhatian dari aku atau babah dia. Ye!!memang aku baru tulis dalam satu entri semalam, yang mengatakan aku nak belajar kawal emosi,di mana rasa kepenatan bekerja yang terbawak2 sampai ke rumah sampai tempias nya kena pada adam..(aku sedang belajar,ok!) Tapi tu bukan masalah utama dari aku memberi perhatian untuk anak aku yang sorang ni.

Ok!!berbalik cerita tadi..memang risau kan bila kenangkan anak,mampu ke kita sebagai ibu bapa nak bagi yang terbaik untuk mereka..dan sampai sekarang aku masih muhasabbah diri,takut ada yang terlepas pandang kan,lebih2 lagi bila renung sabda Nabi s.a.w betapa tanda kiamat itu apabila seorang ibu melahirkan tuannya..aihh..pernah tak kita ni terfikir,kenapa,bagaimana boleh jadi macam tu sekali..seorang ibu lahirkan tuannya????(ada tak jawapan?) At last..aku akui kebenaran kata2 penulis buku yang aku baca tu..Anak derhaka memang bermula dengan dosa ibu bapa yang sibuk bekerja..What U Give..U Get Back!!

Susah nak dihuraikan sebenarnya..tapi sama2lah kita muhasabbah diri kita..Aku pun akan sentiasa ingatkan diri aku,suami aku,takkan sesekali terlepas pandang atau biarkan adam meniti hari2 kehidupannya tanpa kami..Moga Allah permudahkan semuanya.


sekadar gambar hiasan



p/s terindu pulakk kat adam!!




When life gives you a hundred reasons to cry, Show life that you have a thousand reasons to smile

2 comments:

ak yuyunz said...

insyAllah.. sama-sama lah kita. takut jugak kalau kita terlepas pandang.. sentiasa semat dalam hati family and expecially anak is a priority..

diarinadiaa said...

ak yuyunz-> Insyaallah.. :)

CopyRight © Segala Yang Tercatat di atas adalah Hak Milik diarinadiaa.blogspot.com