Monday, 30 January 2012

Cerita Pramugari dan Ulamak

Seorang Ulamak berada di dalam sebuah kapal terbang untuk terbang ke sebuah negeri. Apabila tiba waktu solat,dia pun segera ke tandas untuk mengambil wudhuk. Oleh kerana tandas tersebut terlalu kecil,dia terpaksa membuka pintu tandas tersebut, semasa dia hendak mengangkat salah satu kakinya ke tangki (washing basin),seorang pramugari telah ternampak akan perbuatan ulamak tersebut lalu menegurnya

Pramugari   : Tuan tidak boleh basuh kaki kat dalam tangki itu, sebab ia akan mengotorkan tangki. Itu tempat basuh muka, bukan basuh kaki (tegas pramugari itu)

Ulamak      : (dengan suara lembut dan dengan penuh rasa rendah diri) berapa kali saudari mencuci muka dalam sehari, soal ulamak itu pula

Pramugari     : (dengan nada angkuh) kebiasaannya sekali atau 2 kali...

Ulamak       : Oh..saya mencuci kaki saya lima kali sehari,kadangkala lebih..bermakna kaki saya lebih bersih dari muka saudari (jawab ulamak bersahaja)



gambar sekadar hiasan




 p/s renungkan bersama ye!!





sumber//razzyy.com


When life gives you a hundred reasons to cry, Show life that you have a thousand reasons to smile

Sunday, 29 January 2012

10 Petanda yang Perlu Di Ambil Tahu Berkait Dengan Fungsi Badan!

Pernahkan kadang2 atau kerap kita rasa sesuatu atau sakit di bahagian2 tertentu..ok,aku nak kongsi sikit 10 tanda berkait dengan fungsi badan kita. Sekurang2nya kita kena ambil tahu juga kan..

Rasa takut mengejut
Fungsi buah pinggang lemah. 

Cepat naik darah/Marah
Fungsi hati lemah / Tekanan darah tinggi

Rasa bimbang dan takut
Sistem paru-paru lemah

Suka berfikir/Berkhayal
Sistem penghadaman yang lemah

Badan terasa Berat/Malas/Lenguh
Badan mengandungi asid yang berlebihan / Proses penyeimbangan sedang berlaku

Kerap Kencing
Buah pinggang mengandungi kotoran

Kencing berdarah
Penyakit batu karang atau buah pinggang luka

Pening/Sakit di bahagian depan kepala
Menandakan tekanan jiwa akibat bebanan mental atau banyak berfikir

Rasa pening yang memusing
Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar

Rambut gugur
Menandakan fungsi buah pinggang lemah (tapi selepas gugur,rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan gugur)


sekadar gambar hiasan



Credit to susu.my







When life gives you a hundred reasons to cry, Show life that you have a thousand reasons to smile

Sehari di Sunway Lagoon

Tak ada post yang menarik pun untuk dikongsi sangat..tapi menarik la untuk kami tiga beranak hari ni..hikss..sebenarnya da lama aku dan suami tak bawak adam berjalan, semua disebabkan kesibukkan yang amat hebat ditempat kerja (ha..ayat kaw2 punya).. so bila dah free hari ni,plan punya plan kami terus gerak gi Sunway Lagoon,hokeyy!..kira punya kira,lama jugak la aku tak gi sana..(masa zaman skolah dulu sangat rajin..hehe) adam mmg tak pernah la pun! 

so takde benda sangat nak cerita..ni gambar2 yang sempat aku amek..tapi gambar tak berapa menarik sebab aku cuma guna henpon yang tak seberapa canggih ni, dan gambar pun amat terhad untuk diambil..takut masuk air kan.aihh..(lainlah kalau henpon waterproof) takpun guna kamera Nikon Coolpix AW100..ok jugak tu..dalam air pun no hal kan..kan..

eh!!jangan angkat!!!!saya nak terjatuh ni!!



ha..yang ni dari dulu memang permainan feveret aku..naik 10x pun ok!

ha..gambar yang ni adam tolong amek ok!


syhhh..sang bedal tengah tdo..!


pak belang beradu..zzzzZzz..

aiskrim ni 4 hengget hokeyy!! (mat kool je pun)

baru abis berendam..baru leh amek gambar

dah penat







ha..layan je la adam  permainan ni..fly!!yeahh!!


ok..setakat ni je la gambar yang larat aku post and upload..sebenarnya banyak lagi permainan2 best dan mencabar kat sini,tapi pepahamla bawak budak kecik kan..semua terbatas!! pastu da petang sikit tu, hujan pun mula turun rintik2...apa lagi....balik laaa.. (eleh,tak bwk budak kecik pun,aku memang penakut..syhhh..)


p/s thanks babah, sebab bwk adam jalan2 walaupun adam tau, seminggu dua ni babah penat sgt kat workshop and tak cukup tido!!!












When life gives you a hundred reasons to cry, Show life that you have a thousand reasons to smile

Saturday, 28 January 2012

Hanya 3 Tahun 2 Bulan

Apa yang hanya 3 tahun 2 bulan tu...ha..ni nak share sikit pengalaman aku breastfeed kan si bambam tu (dulu la bambam nya) sekarang..mak aihh..da slim cam mama dia..sebab terlalu la lasak!!..eh..eh..lupa pulak ramai yang bloggers/followers ni muda belia remaja..tapi takpe..ilmu gak tu...korang pun akan melalui pengalaman berharga ni kan..berkahwin..mengandung..bercucu..bercicit..  

ok2..sambung cerita.. Alhamdulillah walaupun pelbagai rintangan (biasalah tu) akhirnya aku berjaya full breastfeeding sampai Adam berumur 2 tahun, (tanpa campur susu lain) dan terus bersambung (tapi da campur susu formula lain gak la) sehinggalah umur dia 3 tahun 2 bulan!....uii..lama gak kan tu,walaupun ramai kat luar sana tu ada yang sampai 4 5tahun..aihh..**tu da bosar gajah** 

oleh disebabkan Adam da besar, pelbagai usaha dan cara aku nak stopkan dia dari menyusu, eh bukan senang tau..tapi last baru jumpa ubat..jeng!!jeng!!jeng!! G.A.R.A.M!! haa..hamekk!! alololo!!siannya anak mama.. memang mula2 rasa sedih sangatttt,tapi atas dorongan keluarga termasuk incik suami,aku kuatkan hati jugak! so sekarang da 3 bulan dia da menyusu sepenuhnya dengan susu tepung bahasa kasarnya susu lembu..hikssss..

kebaikkan dan kelebihan susu ibu..rasanya tak perlu la aku ulas lebih panjang kat sini, rasanya semua orang da tau..cuma yang pastinya yang aku nak tekankan sangat, boleh merapatkan kasih sayang antara ibu dan anak..sangatt!!

Ingatlah pada hari (ketika) kamu melihat kegoncangan, lalailah semua wanita yang menyusukan anaknya dari anak yang disusukannya (Surah Al Haj Ayat 2)

**Apabila telah lahir anak lalu disusui maka bagi ibu itu setiap satu tegukkan daripada susunya diberi satu kebajikan** Allahuakbar.

Tapi kena ingat bukan semua dapat menyusukan anaknya..tapi takpe, Allah rancang yang terbaik untuk kita.. Semua Ibu tetap yang terhebat..!


sekadar gambar hiasan







When life gives you a hundred reasons to cry, Show life that you have a thousand reasons to smile

CopyRight © Segala Yang Tercatat di atas adalah Hak Milik diarinadiaa.blogspot.com